Wednesday, April 9, 2014

Cara-cara Nak Faham Perempuan


Assalamualaikum.
Tajuk ni memang dekat sangat dengan hati ini. Mula-mula memang tak nak mengaku perempuan ini susah nak faham tapi bila difikirkan balik. Yes, I admit it. Perempuan memang susah sikit nak faham. Eh! Sikit sahaja tau. Hahaha.

Zaman dulu lagi, lelaki nak merungkaikan misteri ini. Sampai sekarang golongan lelaki buat kajian pun tak akan faham perangai orang perempuan ini. Ramai lelaki merungut yang apa yang perempuan  rasa tak sama dengan action yang diorang tunjukkan.


Searching in progress...

Perempuan, Makhluk Istimewa
Sebenarnya perempuan ini pemikiran dia sama dengan lelaki tapi disebabkan satu faktor ini, perempuan dilahirkan dengan lebih hormon esterogen yang membuatkan kami ini bersifat lebih bersifat emotional daripada bersikap rasional.

Perempuan sebenarnya boleh bersikap rasional. Namun apabila emosi sudah menguasai fikiran...dunia bisa goncang oh.. Kesian juga lah dengan kaum Adam kadang-kadang tak faham dengan golongan Hawa ini.




Aku pun pernah juga buat macam ini. Contohnya apabila ajak mak pergi jalan-jalan dan mak tak nak pergi mula-mula. Apa lagi merajuklah. Lepastu mak cakap jomlah kita pergi. Tapi aku cakap tak payah lah tapi sebenarnya nak sangat pergi. Aku pun pelik kenapa aku tak terus terang sahaja apa yang aku nak. Pendam lah dalam hati tu dan mulalah nak hangin satu badan.

But my mom kan perempuan juga jadi dia faham walaupu aku refused dah berjuta kali. Bila dah pergi tu rasa tenang sahaja hati. Korang tak faham? Aku lagi tak faham. "Wahai hati, kenapa kau macam ini?"

Selain disebabkan perempuan lebih bersifat emosi, perempuan kadang-kadang juga selalu overthinking pasal sesuatu benda. Boleh sampai ke laut tau. Sampai macam itu sekali. Perempuan nak orang lain faham hati dan perasaan dia tanpa dia perlu berterus-terang.




"Kalau saya cakap dia cantik, dia cakap saya menipu. Kalau saya berterus-terang nanti dia marah pula."

"Kalau saya well-dressed dia cakap saya ni playboy, kalau saya pakai t-shirt dengan tracksuit dikatanya saya selekeh pula"

"Kalau saya jealous dikatanya suka kongkong, tapi kalau tak cemburu dia cakap saya tak sayang dia."

"Bila ditanya nak pergi mana, dia cakap ikut awaklah tapi bila saya dah bawa dia cakap tempat tu tak best nak pergi tempat lain."

Okay, itu merupakan antara rungutan masa aku dengar ceramah kat Ikim FM. Lupa apa nama program tu. Hehe. Well, kalau aku pun rasa macam nak bagi penampor kokedai je. *slaps myself*. Itulah aku dah kata, perempuan ni memang susah nak faham. Justeru itu, solusinya ialah :

1- Women are more similar to men than you would imagine. 2- Put yourself in her shoes. 3- Ask yourself what you would do in her situation. Chances are, that's exactly what she'll end up doing even though it is not what she says she'll do. 4- Don't be fooled by her emotional explanation. 5- Actions are always stronger than words.

Nasihat yang ikhlas aku boleh bagi ialah cuba fahami seseorang wanita itu. Selamilah hati dia betul-betul. Rasa dengan hati. Mungkin susah nak buat tapi Allah dah ciptakan wanita ini begitu sensitif. Janganlah nak tipu golongan Hawa, diorang boleh tahu tau.


Betul ka apa yang hangpa habaq ni?
Hahahahaha. Aku rasa pun seram juga. Itulah kenapa ada perempuan yang suka kawan dengan lelaki berbanding dengan perempuan sendiri. Tak sensitif. Tak payah nak fikir perasaan dia terguris ke tidak. Satu sahajalah tips aku nak bagi ni :



Itulah pasal kalau watak hero dalam drama-drama yang faham dengan perempuan..awww..terus melting..Such a gentleman... wahahahahahaha <3 <3 <3 

Satu lagi yang lelaki tak faham ini kalau pasal fangirling ni. Kenapa nak terjerit-jerit kalau nampak lelaki handsome. Macam orang histeria dah tengok. Itulah hangpa semua tak faham. Kena jadi perempuan dulu baru faham. Muahahahaha.

Okay. Sekian.

2 comments:

  1. to know woman,sometimes lelaki perlu belajar baca novel,dunia fantasi wanita. hahahahhaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu nasihat yang baik..diorang kena baca buku daripada perspektif wanita..tak sanggup kot diorang..wahahaha..sempoi..

      Delete