Tuesday, April 22, 2014

Awak Benci Saya Tak?


 Assalamualaikum.
Entri kali ini aku nak kisahkan sikit pasal zaman sekolah aku dulu. Aku ni macam mana...hebat hingga ke langit ke hampeh sampai ke laut. Aku rasa aku seorang yang biasa-biasa sahaja. Aku rasa aku paling aku nak elakkan ialah aku jadi orang yang dibenci. Biar tak ada orang tahu kewujudan aku pun tak apa.

Jadi bila dah habis sekolah ini, aku tak rasa sedih sangat kot? Entah. Aku pun tak pasti. Tak ada lah aku rasa sedih sangat. Gembira pun so-so. Aku rasa just neutral. Truthfully, banyak pengalaman pahit yang aku hadapi sewaktu sekolah berbanding pengalaman manis. Ke terbalik? Biasalah, kalau manusia itu ingat kenangan yang menyakitkan berbanding kenangan yang menyenangkan. Contoh lagi, kita akan nampak walau sezarah keburukan yang dilakukan orang itu berbanding dengan banyak kebaikan yang telah dia lakukan. Lepas itu, semua nak pakat hentam. Tak bolehlah macam itu kan.

Aku dekat sekolah dulu aku rasa aku ialah seorang mangsa buli. Yeah. That's why I hate school. Because I was so so so fat back in the school. Gagaga. Jadi aku tak ada ramai kawan sangat sebab semua orang tak nak kawan dengan aku. Bila balik sekolah je, aku mesti nangis dan peluk mak. Lepas itu, mak mesti akan pujuk aku. Uwaaaaaa. Terima kasih, mak! That's why kakak sayang mak dan tak ada orang boleh ganti mak.


Sorang lagi yang memahami aku ialah abang aku. Masa zaman sekolah dulu, abang yang selalu back-up aku bila ada orang nak cari pasal dengan aku. Siaplah kalau ada orang yang berani ejek atau cari gaduh dengan aku, jumpa gua punya abang long lahhhh. Hahahaha. Terima kasih abanggggg.... *jangan jealous please*

Eh. Eh. Abang saya lagi kacak daripada ini. Ngeee.
Alaaa..korang tau lah fikiran dan mental budak-budak macam mana. Sempit. Nak kawan dengan budak-budak glamour dan cun je. Tapi aku rasa macam curse pula, setiap kali aku jumpa orang baru mesti dia ada negative impression dekat aku dan aku dibenci gila-gila. But once they know and understand me, diorang lah jadi kawan rapat aku. Aku rasa tak pernah ada orang yang ada good first impression terhadap aku. Semua yang buruk-buruk lah. Haihh. Tak apa lah mungkin itu adalah dugaan Allah kepada aku sepanjang aku hidup dekat dunia. 

Orang nak benci aku? Silakan. Aku tak kisah pun aku ada banyak haters ke apa. Aku tak salahkan korang pun. Itu hak masing-masing. Feel free to do it :) I'm a strong girl bebehhh..

Awokk..Kita tak kisah lerrr



Tapi kawan-kawan yang selalu sokong dan bagi nasihat dekat aku yang fahami aku, aku sayang korang sangat-sangat. You know who you are. *hugs*


Dan sekarang untuk proses lebih kuat, aku dah kurangkan berat badan aku masa tunggu keputusan SPM. Aku dah turunkan 15 kg! Sekarang ini, nak turunkan 5kg lagi untuk mencapai BMI normal. Dan lepas ini, tak ada orang boleh panggil aku gemok, besar, babat, tong drum dan sebagainya...Tak ada orang boleh nak hina-hina aku lagi. #prayforthe5kg

Tapi masalahnya sekarang aku akan menjalani kehidupan baru di tempat baru. Aku akan sambung belajar Insyaallah. Jumpa kawan-kawan baru dan orang-orang baru. Adakah kejadian sama akan berulang? Adakah masa-masa itu akan berputar kembali? Omo. Omo. Omo. Yang penting aku dah siapkan mental dan fizikal aku. Kini aku lebih kuat!


 Sekian.

10 comments:

  1. kenapa aku rasa cerita kau comel? hahaha.
    goodluck tiqo! #prayforthe5kg
    jaga diri d tempat baru,jgn lupa halo2 aku kalo dah sambung study :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr..comel ka pulak..ahahaha..orang tulis kisah sedih ini..hehe..
      okay..#prayforthe5kg
      Insyaallah kalau sya smbung belajar..anda adalah orang pertama yg sya kasik tahu..TAHNIAH!! hahaha

      Delete
    2. YEAHHHHHHHHH,SYA ORG PERTAMA YEAHHHHHHH.ada number aku nda? yg 011 tuuu?

      Delete
    3. Eh..bukan 016 kah? hahaha..patutlah orang hntar whatsapp gambar yazid sana nda membalas..salahkah? ehehe

      Delete
  2. wahhhhh...tiqo . a kind of motivation post. You did, babe. ahaha. It's simple jan makan makann yang manis dan berlemak. dan make sure u buat snaman mcm main basikal ke..dll. k. keep it up !! . Sekarang banyak penyakit datang kat manusia sbb punca utama dia makan maknn manis .

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks balkis for the advice :) Tu lah..we should eat in moderation..

      Delete
  3. Yeah..
    Teruskan usaha hilangkan 5kg! :D

    #prayforthe5kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay!! Hahaha. Thank you to you.. huhhuhu :D

      Delete
  4. Hey :)
    Agak-agak boleh cerita tak camane awak boleh kurangkan 15 kilos tu, hehe teringin nak tahu.
    Btw, tahniah sebab berjaya diet, saya tak reti nak diet (Pencinta Makanan No 1). Hahaha XD
    Saya juga lepasan spm 2013, pergi jugak iv mara kat kmb haritu, mohon applied science.
    Saya doakan awak dapat MARA ye, tolong doakan saya juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..sorry lambat reply. susah nak dapat connection sekarang ni..huhu T_T. boleh bagi fb atau email awak? bolehlah saya share tips..hehe

      Delete