Sunday, April 27, 2014

PART 4 END - Pinjaman Biasiswa MARA 2014 - Temuduga Program Ijazah Dalam Dan Luar Negara IPMA

Assalamualaikum.
Hai hai hai. Minta maaf mungkin agak lambat nak kongsi pengalaman temuduga sebab broadband dah habis data. Baru sahaja tambah nilai ini. Kalau boleh lepas sahaja pergi temuduga terus nak update. Mati kutu jugak lah dua hari tak ada connection ini. Huhuhu. Sedihnyaaa T_T

Amboii..Nangis macam tersentap pulak kau nak..
Okay, dua hari lepas aku dah pergi interview MARA ini. Malam sebelum itu aku dah siap-siapkan dokumen yang dia minta iaitu :
  1. Slip tawaran menduduki ujian pychometric dan ujian temuduga
  2. Salinan kad pengenalan calon, ibu dan bapa
  3. Salinan sijil lahir calon, ibu dan bapa
Sikit sahaja dokumen yang dia minta. Jadi aku rasa macam relax relax sahaja malam itu. Macam tak ada apa yang nak dirisaukan. Santai je macam aku tengah holiday duduk dekat tepi pantai sambil menjemur badan dan berlipat kaki di bawah sinaran cahaya sang suria...

Haaaa.. Macam inilah..

Okay, aku tipu. Itu merupakan fantasi semata-mata. Disebabkan kita selalu diberitahu untuk hidup dalam di dunia nyata. Jadi aku bagitau realiti sebenarnya...


Tipu kot kalau kata tak cuak. Aku kena pergi temuduga hari yang pertama. Jadi aku rasa nervous sangat. Dalam hati aku, mesti ada ujian kecergasan macam temuduga IPG 2014 punya. Jadi malam itu aku pergilah exercise dekat Perdana Park. Taman itu tak jauh dari rumah aku. Jalan kaki pun boleh sampai. Cool right? 







Tanjung Aru, Kota Kinabalu
photos taken from Google Image :) credit to the owners.

Saja aku nak bagitau yang aku sebenarnya duduk dekat Tanjung Aru, Sabah. Tahun ini tahun keenam aku berhijrah ikut family pindah Sabah. Aku sebenarnya dari Puchong dulu. Aku rasa best gila stay kat Sabah lagi-lagi Tanjung Aru sebab semua dekat. Airport, pantai, Perdana Park, sekolah, balai polis, hotel lima bintang semua dekat sangat-sangat. Nak pergi bandar pun lebih kurang 5 minit sahaja pun dah sampai. Sebenarnya tempat tinggal aku depan sekolah sahaja. Hahaha. Masa aku menengah rendah aku pergi sekolah jalan kaki. Lepas tingkatan empat baru aku pindah SBP. Sabah ini memang best sebab peace and calm. Tak ada sesak macam dekat KL dan yang paling aku suka udara dekat sini segar sahaja.

Berbalik kepada cerita tadi, malam itu aku rasa bersenam gila-gila kot. Rasa nak pengsan sahaja. Kiranya macam last touch lah. Tiga pusingan aku joging malam itu. Full blast. Esok bila aku bangun pagi rasa badan ini dah lenguh-lenguh dah. Tak apa. Yang penting kalau dia suruh aku berlari padang pun aku dah siap-siaga. Yeahh!!!

***Hari temuduga***

Walaupun temuduga aku sesi tengah hari 12.30, namun aku tetap bangun pagi. Pagi itu, aku cari-cari sikit maklumat pasal MARA. Yang paling kelakar sekali, kepala aku dok fikir possible outcome apa yang akan berlaku. Sampai-sampai aku boleh hafal lagu MARA sekali. Wahahahaha.


Bila dah pukul 10.30, parents aku pun hantar aku pergi MRSM Kota Kinabalu. Jauh jugak perjalanan. Kitaorang takut lambat, so better pergi awal daripada lambat. Be punctual not on time.
Sampai-sampai sahaja aku terus tunggu dekat tempat menunggu. Tapi aku sampai awal sangat, 10.45 macam itu aku dah tiba dah.

Bila aku rasa macam awal sangat, parents aku bawa aku pergi cafetaria dulu. Sambil-sambil itu aku tinjau-tinjau jugaklah sekolah MRSM ini. Canggih. MRSM kot. Lepas itu, aku terjumpa tiga orang kawan sekolah aku dulu. Diorang dah habis dah sebab diorang sesi pagi. Lepas itu, kitaorang ada borak-borak sikit.

"Macam mana tadi susah tak?"

"Susah gila. Ada ujian kecergasan. Kitaorang kena lari tadi. 3km dalam masa 20 minit." dengan penuh yakin.

"Betul ke ni?, inteview biasa ada tak?" masa ini aku mulalah dah cuak.

"Oh ada. Kena interview dulu, lepas itu baru ada ujian kecergasan."

"Ye ke? Okay lah macam itu. Thank you."

Dalam hati aku, alamak. Habislah aku. Matilah aku macam ini. Memang aku dah joging 3 pusingan malam tadi tetapi dalam 20 minit? Mampukah aku? T_T Aku macam dah putus asa. Aku dah tak fikir apa dah. Baik aku pergi makan. Hehe. Biarlah dengan ujian dunia ini.

Huhuhuhu T_T
Agak-agak nak pukul 12.30 aku pergi menunggu dekat tempat tadi. Masa itu calon-calon lain juga dah memenuhi tempat menunggu. Lepas itu, ada seorang lelaki...aku tak pasti itu pegawai MARA ataupun cikgu MRSM. Maybe either one lah kan. Dia suruh kami berdiri satu baris dan dia bawa kami ke satu bilik menunggu. Pusing-pusing tempat dia. Peningnyaa..


Dalam bilik itu, dia bagi tips lah sikit-sikit. Please behave nanti depan panel. Tolong cakap fully english walaupun panel itu tanya dalam bahasa Melayu. Alasan dia, kan kita nak fly pergi luar negara jadi haruslah praktis english nya donggg..

Dia minta keluarkan dokumen-dokumen yang diminta sebelum ini. Siap-siap. Tak payah nak susah nanti. Lepas itu dia tanya siapa yang datang awal tadi? Pukul 10? Pukul 11? Aku apa lagi cepat-cepat angkat tangan dengan pantasnya...

Encik! Saya saya!
Jadi dia pun pilih 9 orang yang lain. Satu group 10 orang. Kitaorang actually masuk dalam group yang sesi pagi punya. Kesian diorang sebab dari pagi diorang datang tengah hari baru nak ditemuduga dan petang baru habis. Setiap sesi itu dia akan pilih 20 orang dan akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan Kumpulan B. Aku masuk dalam kumpulan B. Atau lebih tepat lagi aku nombor B6.

Ada dua checkpoint atau senang nak kena panggil bilik A dan bilik B. Nanti group itu akan bertukar bilik selepas selesai satu-satu checkpoint. Kitaorang yang kumpulan B ini masuk bilik A dulu. Bilik A ini sebenarnya macam bilik interview formal.

Masuk-masuk sahaja dalam bilik itu ada 10 kerusi tersedia terletak secara melengkung di hadapan panel temuduga. Kitaorang pun masuk dan bila diarahkan untuk duduk, kitaorang pun duduk secara turutan nombor masing-masing. Nanti bila dia tanya soalan, dia tak akan panggil nama korang sebaliknya panggil nombor anda.

Checkpoint pertama
Dia tanya soalan isu semasa dan diorang bagi lebih kurang 20 minit untuk kita brain storming dan berbincang dengan ahli kumpulan kita. Lepas dah siap, kita akan bentangkan isi-isi yang dah dibincangkan tadi. 

Checkpoint kedua
Lepas itu, berdasarkan tajuk yang kita bincang tadi dia akan tanya soalan-soalan spontan. Dia akan tanya pendapat kita tentang isu-isu semasa. Sama ada kita setuju atau tidak. Semua soalan terbuka. Jadi masa ini kena pandai rebut peluang untuk bercakap. Jangan duduk diam sahaja. Lepas itu dia juga tanya definisi-definisi perkataan mengikut pandangan kita.

Lepas itu, kitaorang bertukar dengan kumpulan A tadi. Kitaorang masuk bilik B pula dan kumpulan A masuk bilik A. Bilik B ini temuduga dia lebih santai.

Checkpoint ketiga
Dalam bilik B itu lepas panel meminta kami untuk duduk, dia pun bagi taklimat. Checkpoint ketiga ini sebenarnya kitaorang akan main brain games. Kitaorang telah dibahagi kepada dua. Jadi satu group itu ada 5 orang. Dalam masa 20 minit, kitaorang kena bina satu benda berdasarkan bahan-bahan yang diberi.

Sebenarnya masa ini kitaorang kena lawan, ciptaan siapa yang paling bagus untuk dipilih sebagai pemenang. Nasib baiklah tak ada pemenang sebab dua-dua pun lebih kurang sama sahaja. Hahaha.

Checkpoint keempat
Lepas games tadi, panel meminta kami untuk duduk balik di kerusi. Lepas itu, diorang tanya soalan-soalan isu semasa dan definisi-definisi macam di bilik A tadi tetapi beza dia soalan itu diajukan kepada setiap seorang. Bukan soalan terbuka. Jadi semua orang dapat jawab. Kita kena jawab dalam masa 1 minit. Jadi jawapan kita itu mesti pendek dan bernas.

Akhir sekali dia akan beri kita satu borang untuk nilai ahli kumpulan kita dan diri kita sendiri.

Lepas itu, panel itu pun cakap dah habis dah. Kitaorang pun terpinga-pinga. Ujian kecergasan tak ada ke? Sebab panel temuduga tadi dalam bilik A dah psiko-psiko ada ujian kecergasan dekat bilik B. Tapi tak ada pun. Panel temuduga dalam B itu cakap, "Dah tengah hari dah panas ini, jadi tak payahlah nak lari-lari kat luar kan?"

I guess diorang cuma nak psiko kita je pun. Ya lah tahun ini datang temuduga kena pakai baju sukan. Siapa yang tak cuak? Jadi bergembiralah anda semua, NO PHYSICAL TEST AT ALL! Hehe. Yahoo!!! Jadi sebenarnya sia-sia lah persiapan aku selama 1 minggu itu? Tak apa. Boleh lah feeling feeling sikit kononnya training macam atlet kan? Haha.

Rata-rata kawan aku diorang cakap temuduga MARA ini sama macam JPA tapi beza dia tak ada debat.

Tips
  1. Datang awal. Kalau boleh datang awal sejam atau dua jam sebab dia akan pilih secara rambang. Jadi siapa yang datang awal, balik awal. Jangan jadi macam kumpulan A tadi yang aku cerita, sesi 7.30 pagi tapi diorang balik pukul 3 petang.
  2. Tonjolkan diri anda. Ini part yang paling penting. Masa ada group discussion itu kalau boleh kau orang yang mulakan discussion itu. Konon-konon macam jadi leader kan. Jadi orang yang paling banyak cakap dan sumbangkan idea. Bila aku buat macam itu, aku tengok panel temuduga itu dah start tulis something. Mesti markah tambahan kan?
  3. Aktifkan diri anda. Tolong jangan malu-malu. Kau mesti berkomunikasi denga ahli-ahli kumpulan yang lain. Be agressive!
  4. Be confident. Muka kau mesti selalu senyum dan nampak yakin. Walaupun masa kau bentangkan fakta itu kau tak tahu, kau yakin sahaja apa yang kau cakap. Jangan ragu-ragu pula. Bila panel itu betulkan, just say "I'm sorry for my mistakes." sambil tersenyum yakin. Sure diorang tak boleh nak komen apa dah. Haha.
  5. Sediakan dokumen-dokumen. Sediakan dokumen-dokumen yang aku bagitau tadi. Kalau nak bawa sijil-sijil atau resume bawa sahaja. Tapi diorang selalunya tak tengok pun. Huhuhu. Sedihnya.
  6. Sila cakap bahasa Inggeris. Tolong cakap bahasa Inggeris. Jangan cakap bahasa Melayu nanti kau akan dapat markah yang rendah. Cakaplah walaupun broken English. Tapi kalau dah mati kutu sangat, cakaplah bahasa Melayu sikit-sikit tapi campur dengan bahasa Inggeris. Jangan diam pula, nanti macam mana panel itu nak nilai dan beri markah.
Aku rasa itu sahaja perkongsian aku kali ini. Sekian :)


p/s : Maaf tak ada gambar dekat temuduga mahupun dengan ahli-ahli kumpulan sebab msa itu dah pukul 3 petang dan semua orang rasa lapar sangat-sangat dan nak cepat-cepat balik makan :)

4 comments:

  1. awk fully speaking ke masa temuduga tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..sebab ada pegawai tu awal-awal lagi remind suruh speaking full english..

      Delete
  2. Salam. Tumpang tanya, bila eh result interview ni?

    ReplyDelete