Thursday, April 17, 2014

Biasiswa JPA 2014 - Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman



Assalamualaikum.
Kali ini aku nak kongsikan pasal pengalaman interview kawan aku. Since, she asked me to post about it and I said okay :) lah kalau dia nak kongsikan. Well, bertuah korang tau. Bukan semua orang nak kongsikan pengalaman yer tak.

Sebab kawan aku ini(the cute girl in grey colours) memang baik hati dan sangat ayu dan sangat comel, kalah Kak Ton wehh. Serious. Jadi, tak mahu cakap panjang, ikuti pengalamannya menghadiri temuduga.

Comel tak kawan saya ni?

Saya dah kata dah awak tak nak caya



Pengalaman Cik Fyza(bukan nama sebenar...wahaha) :
Sebelum ini aku ada apply biasiswa JPA. Since aku minat nak ambil course engineering ini aku pun cuba-cuba lah nak isi mana tahu rezeki aku kan. Aku tak mengarapkan sangat nak belajar dekat luar negara sebab parents tak galakkan sangat. Diorang lebih suka kalau aku sambung belajar dalam negara.
Disebabkan dasar kerajaan nak hantar ramai pelajar ke luar negara untuk sambung course engineering ke luar negara, aku pun apa lagi sahut lah seruan kerajaan! Hahaha. Semangat kenegaraan yang kental! Hihi.
Satu hari tu aku pergilah tengok website JPA ini. Ya lah nak tahu jugak aku dapat ke tidak. Rasa berdebar-debar pergi tengok laman JPA tu. Terketar-ketar jari jemari yang mulus ini hah. Okay, ini sungguh hiperbola.

Awak kita takut sangat...



 Dan...



Alhamdulilah! Ya Allah tak sangka aku dapat. Betul-betul tak sangka. Masa ini aku rasa nak nangis dan terharu sangat. Terkebil-kebil aku tengok skrin untuk beberapa saat. Rasa macam dalam mimpi sahaja. Diam tak terkata atau dalam bahasa omputih speechless. Rasa nak buat sujud syukur sahaja.

Betul ke apa yang berlaku ini?
Terus aku telefon mak aku nak beri tahu yang aku dapat. Sebelum isi ini aku tak beri tahu mak pun, dah dapat baru aku beri tahu. Hehe. Memang anak yang baik. Harap-harap mak bagi permission lah.

Mak, please say yes!
Please....

"Assalamualaikum, mak!" suara dah excited dah ni.
"Waalaikumussalam, kenapa?" Mesti mak risau kenapa dengan aku ini kan. Tetiba je.
"Mak, aku dapat tawaran pergi temuduga untuk biasiswa ke Jepun dalam course enginnering!"
"Hah? Bila? Dekat mana? Bila masa kau apply? masa ini mak dah macam kelam-kabut. Terkejut lah itu.
"Rabu ini dekat INTAN mak. Nak pergi ke ni?" part ini aku minta izin pulak. Hehe. Ya lah siapa nak hantarkan. Jauh pulak tu. Lagipun kan kita kena minta restu ibu bapa, baru boleh berjaya.
"Mak...nak pergi ke tak ni?" mak macam tengah fikir. Serabut lah itu.
"Erm...erm..pergilah. Kita cuba dulu"Yes! Aku dah dapat persetujuan macam dapat daripada mohor diraja pulak. Officially gitu.

Yes, I knew it! Mak bagi punya. Sayang mak ketat-ketat.


 *Malam sebelum hari temuduga*

Malam sebelum temuduga ini aku tak rasa nervous sangat. Mungkin aku rasa yang aku tak dapat kot. Aku tak ada pun asas bahasa Jepun. Aku pula yang jenis pemalu. Jadi, aku tak yakin sangat lah.
Aku siapkan baju yang aku nak pakai untuk esok bagi mengelakkan kelam-kabut nanti. Aku buat keputusan nak pakai baju kurung supaya lebih nampak ayu gitu semasa temuduga. Aku pilih baju kurung bercorak batik Jawa. Kuning biru. Sengaja aku pilih baju ini sebab menampakkan 1Malaysia. Tak gituuu?
Sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan pun aku dah sediakan. Siap bersusun lagi. Senang esok nanti cuma beri sahaja sekiranya diminta. Tak payah nak pening-pening kepala. Lepas dah siap semua, aku pun tidur awal supaya dapat bangun awal nanti. Malam itu aku tidur dengan lena bertemankan bintang di langit. Ewah. Macam puteri kayangan lah pulak.



*Hari Temuduga*

Apabila jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, aku pun bangun dengan perasaan yang aneh. Entah. Tak macam selalu. Rasa excited ada. Rasa nervous ada. Mungkin sebab hari ini aku kena lalui hari yang besar dan bermakna. It's the interview day!
Usai sahaja aku membersihkan diri, aku pun solat Subuh. Aku berharap agar Allah lancarkan dan mudahkan urusan aku hari ini. Amin.

 
Bangun dengan bersemangat!


Tak. Tak. Bukan macam ini.

Aku bertolak dari rumah pukul 6.20 pagi. Hantar adik dulu ke sekolah. Lepas tu baru pergi ke destinasi yang dituju. Ambil masa 40 minit lah juga. Interview aku itu akan dijalankan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) cawangan Sabah.
Sambil tunggu-tunggu dalam kereta nak sampai itu, aku pun bukalah Mr. Google kesayangan aku. Aku baca sikit pasal isu-isu semasa dekat handphone. Lepastu aku rasa pening kepala. Macam nak muntah pula. Sebab banyak sangat sumbat informasi dekat kepala. Hahaha.
As usual, aku adalah orang pertama yang sampai pukul 7 pagi itu. Ehehe. Bangga aku! Aku jenguk-jenguk, teleng-teleng juga dekat tempat ini. Erm, besar dan hijau. Luas dan tenang sahaja mata ini memandang. Orang kata, "redup mata memandang"



Rasa macam awal lagi nak mendaftar, aku yang ditemani orang tuaku pun pergi kantin. Makanan dekat sini murah tau! Haa. Jangan terkejut. Aku bayar mee+telur+milo+nescafe baru RM4.30. Aku rasa jimat sangat hari ini.
Semua orang bagi sokongan dekat aku. Mak, ayah, pakcik, makcik, sepupu dan kawan-kawan text dekat WhatsApp. Semua beri semangat dekat aku. Terharu sangat. Rasa macam nak meraung dekat situ. Waaaa!!! Semua, terima kasih!! Okay, mungkin tak lah sampai nak meraung bagai. Yang penting, aku rasa seperti sangat disayangi semua orang. Jangan jealous tau!


Pakcik minta aku untuk solat dhuha dan solat hajat dulu supaya kurangkan rasa gementar itu sikit. Minta dengan Allah supaya berkati apa yang aku akan lalui sebentar lagi. Aku pun cari mana surau dekat tempat itu. Nasib baik surau itu dekat betul. Cantik surau itu. Bukan itu sahaja, wangi lagi. Banyak-banyak bintang aku beri dekat surau tu. *thumbs up.
Bila jarum dah menunjukkan pukul 8 pagi, aku pun masuk dewan untuk pendaftaran. Kali ini aku bukan orang pertaa. Aiseh! Jadi orang kedua pula. Menjadi orang pertama dalam apa-apa aktiviti ialah misi dan visi saya! Yeah! Haha. Main-main sahaja. Nampak sangat propa je lebih.
Ini aku nak bagi tips sikit dokumen-dokumen yang perlu dibawa :
  • Salinan kad pengenalan diri dan ibu bapa
  • Salinan sijil lahir diri dan ibu bapa
  • Slip gaji ibu bapa
  • Keputusan ujian psikometrik
Terus susun siap-siap. Jangan sampai sana baru nak susun. Nanti boleh jadi kelam-kabut. Bila semua dokumen yang diperlukan ada dengan aku, terus aku duduk.
Tunggu-tunggu lepastu ada seorang Indian girl ini pergi tempat aku. Aku pun lambai-lambai dia ala-ala model gitu. Yeay! Kawan pertama aku. Dia speaking dengan aku wehhh. Gagap dan kelu seribu bahasa aku dibuatnya. Hahaha.

Hai awak. Sini sini!

Alamak! Dia speaking! I'm speechless.

Lepas itu, kami dibahagikan kepada tiga group. Satu group ada 6 orang. Masa itu 18 orang sahaja yang hadir. 6 orang lagi itu tak hadir. Group aku yang pertama dan semuanya perempuan. Yeay! Gembira sangat. Almaklumlah aku ini dari sekolah menengah perempuan. Tentu sahaja dikelilingi oleh kawan-kawan perempuan sahaja. Kalau semua perempuan tak malu lah sangat. Aku pun berkenalan sekejap dengan diorang. 3 bumiputera dan 2 bukan bumiputera. Diorang best dan sporting gila!
Ada 3 module dan semuanya berkumpulan.
  1. Bertutur dalam bahasa Inggeris
  2. Perdebatan - bahasa Melayu
  3. Brain games
Module Satu
  • Cakap dalam bahasa Inggeris spenuhnya.
  • Mula-mula itu aku rasa susah.
  • Berkenaan isu-isu semasa.
Module Dua
  •  Bahasa Melayu. Yeay! Tapi kadang-kadang ada juga yang terlepas cakap dalam bahasa Inggeris. Aku ada tolong-tolong lah juga sikit. Kadang-kadang aku tercakap "so" dan "then". Masa module satu tadi tak nak pula cakap English kan haha.
 Module Tiga
  • Game dia susah.
  • Tak dapat jawab sangat.
  • Semua dijawab oleh ahli-ahli yang lain.
  • Aku ada sumbangkan idea juga.
  • Part ini fasilitator dia paling sporting! Ini paling tak stress. Kitaorang boleh siap ketawa-ketawa lagi.
Jam 12.20 pun habis lah sesi temuduga. Wah. Akhirnya. Kami pun pergi dewan untuk berkumpul nak ambil sijil-sijil asal kembali. Lepas itu, ada satu pegawai lelaki yang berumur 27 tahun dia tanya aku soalan,
"Adik, pilih negara mana?"
"Erm, saya pilih Jepun." pegawai itu macam terkejut.
"Dalam banyak-banyak 18 orang hari ini adik, adik sorang sahaja yang pilih negara Jepun." sambil tersenyum. Aku senyum sahaja balik dia cakap macam itu.
Aku konon-konon buat cool, calm down. Padahal dalam hati. Apa dia???! Aku seorang sahaja memilih Jepun? Biar betul ini? Kebanyakan yang lain pilih Jerman dan Korea. Eh, ini minat sangat KPOP ini. Alahai, menyesal pula tak pilih Jerman. Tapi tak apalah.

Ini tak mungkin berlaku!!!

 Lepas itu, kami ambil gambar dan bersurai. Sebelum itu, ceita-cerita dengan diorang sekejap. Ada 2 ahli dalam kumpulan aku yang dapat temuduga Asasi Pintar UKM. Tahniah! Tapi esok pula tu. Kesian diorang kena prepare lagi. Sementara menunggu ibu bapa untuk jemput aku balik. Aku pun pergi solat Zohor dekat surau dulu. Lebih kurang pukul 1.30 aku pun balik dengan perut yang dah berbunyi macam dekat tapak pembinaan dah ini.
Lepas ini aku nak pergi interview UM pula Sabtu ini dengan kawan aku. -TAMAT-




Eh, korang ini macam seronok sahaja baca pengalaman kawan aku itu. Haha. Macam tengah feeling sahaja. Seronok kan pengalaman dia? Dapat jumpa dengan kawan-kawan baru. Kalau anda dapat pergi temuduga macam ini, pergi sahaja. Dapatkan pengalaman. Jangan nervous. Sebab ada juga kawan-kawan aku yang tak nak pergi temuduga. Diorang rasa tak yakin dan takut. Sampai bila nak macam itu kan? Just try. Well, aku nak cakap good luck sesiapa lepas ini yang dapat interview JPA. Buat elok-elok tau. Ini aku saje nak bagi tips untuk korang :
  1. Datang awal ke tempat temuduga. Sebab ada yang datang lambat dah terkocoh-kocoh masuk interview. Ada juga yang cool dan relax sahaja. Respect lah korang.
  2. Sediakan sijil-sijil yang berkaitan. Jangan sampai sana baru nak cari itu ini. Kalau boleh susun awal-awal sijil itu mengikut keutamaan. Tak lah kelam-kabut nanti.
  3. Pakai baju yang sesuai. Ini pun sebenarnya perkara penting. Selalunya yang perempuan pakai baju kurung dan tudung bawal. Lelaki pula pakai seluar slack dan kemeja. Jangan lupa pakai tali leher yang lelaki ya. Kasut pula pakai kasut hitam yang bertutup dan stokin. Ini kalau budak-budak SBP diorag dah familiar sangat dengan baju-baju ini,
  4. Asah communication skills. Ini perkara penting juga sebelum nak pergi temuduga. Tolong tingkatkan soft skills anda. Jangan risau Mr. Google sedia membantu anda.
  5. Tonjolkan diri anda. Interview is about how you promote yourself. Jadi jangan malu-malu. Keep cool and calm down. Serlahkan potensi dalam diri anda. Biarlah orang lain nak kata apa masa itu. Yang penting anda mesti lebih daripada orang lain.
  6. Sediakan soalan untuk panel temuduga. Setiap berakhirnya sesi module, panel-panel itu akan memberi peluang untuk bertanya. Kalau anda tanya dia, maka peratus untuk dia perasan anda amat besarlah lah kan? Tapi jangan tanya soalan yang anda sepatutnya tahu. Be smart!
Ini sahaja aku bagi tips kali ini. Kalau anda nak tambah apa-apa, boleh komen di bawah ini. Apa-apa pun good luck!


Sekian.

4 comments:

  1. Salam , thankiyuuu for sharing aa tiqo :3 maw tnya sikitt aa , ada 3 session kann ,, session yg mana satu interviewer tu akan tnya pasal diri kita ?? Interview utk awak yg dalam bm tu pasal apa ? Dalam bi tu pulak pasal apa ? Lastly yg brain games tu games apa ? Mohon pencerahan , hehe , :P thanks tiqoooo :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      Liyana tak ada interviwer tu tnya pasal diri kita kalau utk interview jpa. smua soalan2 tu ttg isu semasa. sya x pergi interview tu. jadi soalan dia tak boleh didedahkan. yg pnting dia ttg isu semasa. Sorry

      Delete
  2. Thanks A LOT ATIQAH sebab tumpangkan saya. Wahahaahaha

    btw, awak buat cerita saya lagi BEST! (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...okay..nnti submit jak cerita awak..wahahahaha XD

      Delete