Friday, April 11, 2014

PART 1 : Ujian Psychometrics MARA 2014 - Program Ijazah Dalam Dan Luar Negara & Cemerlang IPMA???!


Assalamualaikum.
Hai uolsss tadi baru sahaja aku dapat berita yang menggembirakan hati ini. Ohhhhh~ 

Sebenarnya siang tadi aku baru sahaja pergi Majlis Anugerah Cemerlang adik aku. Agak penatlah sikit sebab aku excited ambil gambar sana sini dan jumpa cikgu-cikgu yang aku sudah lama tak jumpa. Untuk menggembirakan hati cikgu aku bagi senyuman manis gigi 24 batang bila cikgu bertanya apa-apa soalan kepadaku. Hahaha.



Saya tunjuk gigi dekat cikgu je :D

So, overall siang tadi agak memenatkan diri aku jugaklah. Hiuhiu. Tak tahu lah kenapa sekarang ini cepat penat lagi-lagi masa duduk rumah ini. Entah. Aku pun pelik kenapa. Tengah hari itu kawan aku ada beri tahu yang keputusan permohonan MARA keluar hari ini.

"Atiqah, awak tau keputusan permohonan JPA-MARA tu keluar hari ini!"

"Huh? Betul ke ni? Pukul berapa?"

"Kalau tak silap pukul 5 petang ini."

"Ye ke? Okay." Buat muka cool padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. aggshyafyghsfyf@hf%%

Lepastu apabila dah balik rumah, aku pun terus tidur penat. Hahaha. Ngam-ngam pukul 5 petang pun aku bangun. Okay, buruknya perangai anak dara ini. Ala, faham-faham lah kalau 'bulan' itu datang menghampiri. Hehe. Mamai-mamai pun aku check lah website MARA ini.




Bila aku dah buka website itu, aku pun semak lah nama aku berjaya atau tidak.
Alhamdulilah! Ya Allah! Tak sangka aku dapat first choice aku course dentistry - Ireland.



Okay, dalam hati dah gembira dah ni sebab rasanya ini sahaja scholarship/pinjaman yang aku apply dalam banyak-banyak biasiswa yang wujud di Malaysia ini sebab sekarang ini susah nak dapat tawaran untuk course bidang kritikal(perubatan, pergigian, farmasi). Ya lah, untuk pengetahuan anda semua bidang ini dah maju dah di Malaysia ini. University Perdana pun dah setaraf dengan universiti di Ireland dah.

Melainkan bidang engineering ini. Memang dasar kerajaan nak hantar pelajar-pelajar pergi Jerman, Korea, Jepun dan Perancis untuk memajukan lagi bidang ini. Serious yang minat engineering, korang memang beruntung, Memang rezeki korang lerr.

Lepastu, tekan lagi next page nak tahu lah temuduga dekat mana kan. Terus aku terblank sekejap. Wait wait.

"Apakah ini? "

"Ujian Psychometricsss???"

"Sebelum ini ada jugak ke macam ini?"

Oh mama. Sesungguhnya ujian apakah ini? Aku sendiri pun tak tahu.





Ala. Mungkin ada dalam fikiran anda,

"Baru dapat surat tawaran macam ini pun nak bajet ke?????"

Okay, pembaca sekalian. Bukan nak bajet atau nak berlagak ke apa. Ini saya cuma kongsikan kegembiraan saya. Ya, walaupun saya tak guarantee saya dapat tetapi ini merupakan batu loncatan untuk saya pergi lagi jauh. Pengalaman macam ini bukan semua orang rasakan. Syukur, alhamdulilah. Once a lifetime kot.

Pedulikan apa yang orang lain kata, sekarang ini saya tak nak membazir masa saya nak searching dengan Mr. Google pasal ini benda sebelum saya ambil ujian. Insyaallah kalau saya dah lalui ujian ini saya akan update. Insyaallah. Tunggu yerr.



 Sekian.

2 comments:

  1. Ya Allah tahniah!!!!!! kawan2 kite ramai dpt!!! tpi bukan pergigian!!!! kite tk mohon pun bnde ni!!!! awak tahniah tahu!!!!!! proud to be your friend(walaupun tk pernah jumpa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..terima kasih..awak doakan saya tau. Itulah actually ramai pun dapat. mesti persaingan sengit ni. haha. nervous2 ni.

      Delete