Showing posts with label dalam. Show all posts
Showing posts with label dalam. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

PART 4 END - Pinjaman Biasiswa MARA 2014 - Temuduga Program Ijazah Dalam Dan Luar Negara IPMA

Assalamualaikum.
Hai hai hai. Minta maaf mungkin agak lambat nak kongsi pengalaman temuduga sebab broadband dah habis data. Baru sahaja tambah nilai ini. Kalau boleh lepas sahaja pergi temuduga terus nak update. Mati kutu jugak lah dua hari tak ada connection ini. Huhuhu. Sedihnyaaa T_T

Amboii..Nangis macam tersentap pulak kau nak..
Okay, dua hari lepas aku dah pergi interview MARA ini. Malam sebelum itu aku dah siap-siapkan dokumen yang dia minta iaitu :
  1. Slip tawaran menduduki ujian pychometric dan ujian temuduga
  2. Salinan kad pengenalan calon, ibu dan bapa
  3. Salinan sijil lahir calon, ibu dan bapa
Sikit sahaja dokumen yang dia minta. Jadi aku rasa macam relax relax sahaja malam itu. Macam tak ada apa yang nak dirisaukan. Santai je macam aku tengah holiday duduk dekat tepi pantai sambil menjemur badan dan berlipat kaki di bawah sinaran cahaya sang suria...

Haaaa.. Macam inilah..

Okay, aku tipu. Itu merupakan fantasi semata-mata. Disebabkan kita selalu diberitahu untuk hidup dalam di dunia nyata. Jadi aku bagitau realiti sebenarnya...


Tipu kot kalau kata tak cuak. Aku kena pergi temuduga hari yang pertama. Jadi aku rasa nervous sangat. Dalam hati aku, mesti ada ujian kecergasan macam temuduga IPG 2014 punya. Jadi malam itu aku pergilah exercise dekat Perdana Park. Taman itu tak jauh dari rumah aku. Jalan kaki pun boleh sampai. Cool right? 







Tanjung Aru, Kota Kinabalu
photos taken from Google Image :) credit to the owners.

Saja aku nak bagitau yang aku sebenarnya duduk dekat Tanjung Aru, Sabah. Tahun ini tahun keenam aku berhijrah ikut family pindah Sabah. Aku sebenarnya dari Puchong dulu. Aku rasa best gila stay kat Sabah lagi-lagi Tanjung Aru sebab semua dekat. Airport, pantai, Perdana Park, sekolah, balai polis, hotel lima bintang semua dekat sangat-sangat. Nak pergi bandar pun lebih kurang 5 minit sahaja pun dah sampai. Sebenarnya tempat tinggal aku depan sekolah sahaja. Hahaha. Masa aku menengah rendah aku pergi sekolah jalan kaki. Lepas tingkatan empat baru aku pindah SBP. Sabah ini memang best sebab peace and calm. Tak ada sesak macam dekat KL dan yang paling aku suka udara dekat sini segar sahaja.

Berbalik kepada cerita tadi, malam itu aku rasa bersenam gila-gila kot. Rasa nak pengsan sahaja. Kiranya macam last touch lah. Tiga pusingan aku joging malam itu. Full blast. Esok bila aku bangun pagi rasa badan ini dah lenguh-lenguh dah. Tak apa. Yang penting kalau dia suruh aku berlari padang pun aku dah siap-siaga. Yeahh!!!

***Hari temuduga***

Walaupun temuduga aku sesi tengah hari 12.30, namun aku tetap bangun pagi. Pagi itu, aku cari-cari sikit maklumat pasal MARA. Yang paling kelakar sekali, kepala aku dok fikir possible outcome apa yang akan berlaku. Sampai-sampai aku boleh hafal lagu MARA sekali. Wahahahaha.


Bila dah pukul 10.30, parents aku pun hantar aku pergi MRSM Kota Kinabalu. Jauh jugak perjalanan. Kitaorang takut lambat, so better pergi awal daripada lambat. Be punctual not on time.
Sampai-sampai sahaja aku terus tunggu dekat tempat menunggu. Tapi aku sampai awal sangat, 10.45 macam itu aku dah tiba dah.

Bila aku rasa macam awal sangat, parents aku bawa aku pergi cafetaria dulu. Sambil-sambil itu aku tinjau-tinjau jugaklah sekolah MRSM ini. Canggih. MRSM kot. Lepas itu, aku terjumpa tiga orang kawan sekolah aku dulu. Diorang dah habis dah sebab diorang sesi pagi. Lepas itu, kitaorang ada borak-borak sikit.

"Macam mana tadi susah tak?"

"Susah gila. Ada ujian kecergasan. Kitaorang kena lari tadi. 3km dalam masa 20 minit." dengan penuh yakin.

"Betul ke ni?, inteview biasa ada tak?" masa ini aku mulalah dah cuak.

"Oh ada. Kena interview dulu, lepas itu baru ada ujian kecergasan."

"Ye ke? Okay lah macam itu. Thank you."

Dalam hati aku, alamak. Habislah aku. Matilah aku macam ini. Memang aku dah joging 3 pusingan malam tadi tetapi dalam 20 minit? Mampukah aku? T_T Aku macam dah putus asa. Aku dah tak fikir apa dah. Baik aku pergi makan. Hehe. Biarlah dengan ujian dunia ini.

Huhuhuhu T_T
Agak-agak nak pukul 12.30 aku pergi menunggu dekat tempat tadi. Masa itu calon-calon lain juga dah memenuhi tempat menunggu. Lepas itu, ada seorang lelaki...aku tak pasti itu pegawai MARA ataupun cikgu MRSM. Maybe either one lah kan. Dia suruh kami berdiri satu baris dan dia bawa kami ke satu bilik menunggu. Pusing-pusing tempat dia. Peningnyaa..


Dalam bilik itu, dia bagi tips lah sikit-sikit. Please behave nanti depan panel. Tolong cakap fully english walaupun panel itu tanya dalam bahasa Melayu. Alasan dia, kan kita nak fly pergi luar negara jadi haruslah praktis english nya donggg..

Dia minta keluarkan dokumen-dokumen yang diminta sebelum ini. Siap-siap. Tak payah nak susah nanti. Lepas itu dia tanya siapa yang datang awal tadi? Pukul 10? Pukul 11? Aku apa lagi cepat-cepat angkat tangan dengan pantasnya...

Encik! Saya saya!
Jadi dia pun pilih 9 orang yang lain. Satu group 10 orang. Kitaorang actually masuk dalam group yang sesi pagi punya. Kesian diorang sebab dari pagi diorang datang tengah hari baru nak ditemuduga dan petang baru habis. Setiap sesi itu dia akan pilih 20 orang dan akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan Kumpulan B. Aku masuk dalam kumpulan B. Atau lebih tepat lagi aku nombor B6.

Ada dua checkpoint atau senang nak kena panggil bilik A dan bilik B. Nanti group itu akan bertukar bilik selepas selesai satu-satu checkpoint. Kitaorang yang kumpulan B ini masuk bilik A dulu. Bilik A ini sebenarnya macam bilik interview formal.

Masuk-masuk sahaja dalam bilik itu ada 10 kerusi tersedia terletak secara melengkung di hadapan panel temuduga. Kitaorang pun masuk dan bila diarahkan untuk duduk, kitaorang pun duduk secara turutan nombor masing-masing. Nanti bila dia tanya soalan, dia tak akan panggil nama korang sebaliknya panggil nombor anda.

Checkpoint pertama
Dia tanya soalan isu semasa dan diorang bagi lebih kurang 20 minit untuk kita brain storming dan berbincang dengan ahli kumpulan kita. Lepas dah siap, kita akan bentangkan isi-isi yang dah dibincangkan tadi. 

Checkpoint kedua
Lepas itu, berdasarkan tajuk yang kita bincang tadi dia akan tanya soalan-soalan spontan. Dia akan tanya pendapat kita tentang isu-isu semasa. Sama ada kita setuju atau tidak. Semua soalan terbuka. Jadi masa ini kena pandai rebut peluang untuk bercakap. Jangan duduk diam sahaja. Lepas itu dia juga tanya definisi-definisi perkataan mengikut pandangan kita.

Lepas itu, kitaorang bertukar dengan kumpulan A tadi. Kitaorang masuk bilik B pula dan kumpulan A masuk bilik A. Bilik B ini temuduga dia lebih santai.

Checkpoint ketiga
Dalam bilik B itu lepas panel meminta kami untuk duduk, dia pun bagi taklimat. Checkpoint ketiga ini sebenarnya kitaorang akan main brain games. Kitaorang telah dibahagi kepada dua. Jadi satu group itu ada 5 orang. Dalam masa 20 minit, kitaorang kena bina satu benda berdasarkan bahan-bahan yang diberi.

Sebenarnya masa ini kitaorang kena lawan, ciptaan siapa yang paling bagus untuk dipilih sebagai pemenang. Nasib baiklah tak ada pemenang sebab dua-dua pun lebih kurang sama sahaja. Hahaha.

Checkpoint keempat
Lepas games tadi, panel meminta kami untuk duduk balik di kerusi. Lepas itu, diorang tanya soalan-soalan isu semasa dan definisi-definisi macam di bilik A tadi tetapi beza dia soalan itu diajukan kepada setiap seorang. Bukan soalan terbuka. Jadi semua orang dapat jawab. Kita kena jawab dalam masa 1 minit. Jadi jawapan kita itu mesti pendek dan bernas.

Akhir sekali dia akan beri kita satu borang untuk nilai ahli kumpulan kita dan diri kita sendiri.

Lepas itu, panel itu pun cakap dah habis dah. Kitaorang pun terpinga-pinga. Ujian kecergasan tak ada ke? Sebab panel temuduga tadi dalam bilik A dah psiko-psiko ada ujian kecergasan dekat bilik B. Tapi tak ada pun. Panel temuduga dalam B itu cakap, "Dah tengah hari dah panas ini, jadi tak payahlah nak lari-lari kat luar kan?"

I guess diorang cuma nak psiko kita je pun. Ya lah tahun ini datang temuduga kena pakai baju sukan. Siapa yang tak cuak? Jadi bergembiralah anda semua, NO PHYSICAL TEST AT ALL! Hehe. Yahoo!!! Jadi sebenarnya sia-sia lah persiapan aku selama 1 minggu itu? Tak apa. Boleh lah feeling feeling sikit kononnya training macam atlet kan? Haha.

Rata-rata kawan aku diorang cakap temuduga MARA ini sama macam JPA tapi beza dia tak ada debat.

Tips
  1. Datang awal. Kalau boleh datang awal sejam atau dua jam sebab dia akan pilih secara rambang. Jadi siapa yang datang awal, balik awal. Jangan jadi macam kumpulan A tadi yang aku cerita, sesi 7.30 pagi tapi diorang balik pukul 3 petang.
  2. Tonjolkan diri anda. Ini part yang paling penting. Masa ada group discussion itu kalau boleh kau orang yang mulakan discussion itu. Konon-konon macam jadi leader kan. Jadi orang yang paling banyak cakap dan sumbangkan idea. Bila aku buat macam itu, aku tengok panel temuduga itu dah start tulis something. Mesti markah tambahan kan?
  3. Aktifkan diri anda. Tolong jangan malu-malu. Kau mesti berkomunikasi denga ahli-ahli kumpulan yang lain. Be agressive!
  4. Be confident. Muka kau mesti selalu senyum dan nampak yakin. Walaupun masa kau bentangkan fakta itu kau tak tahu, kau yakin sahaja apa yang kau cakap. Jangan ragu-ragu pula. Bila panel itu betulkan, just say "I'm sorry for my mistakes." sambil tersenyum yakin. Sure diorang tak boleh nak komen apa dah. Haha.
  5. Sediakan dokumen-dokumen. Sediakan dokumen-dokumen yang aku bagitau tadi. Kalau nak bawa sijil-sijil atau resume bawa sahaja. Tapi diorang selalunya tak tengok pun. Huhuhu. Sedihnya.
  6. Sila cakap bahasa Inggeris. Tolong cakap bahasa Inggeris. Jangan cakap bahasa Melayu nanti kau akan dapat markah yang rendah. Cakaplah walaupun broken English. Tapi kalau dah mati kutu sangat, cakaplah bahasa Melayu sikit-sikit tapi campur dengan bahasa Inggeris. Jangan diam pula, nanti macam mana panel itu nak nilai dan beri markah.
Aku rasa itu sahaja perkongsian aku kali ini. Sekian :)


p/s : Maaf tak ada gambar dekat temuduga mahupun dengan ahli-ahli kumpulan sebab msa itu dah pukul 3 petang dan semua orang rasa lapar sangat-sangat dan nak cepat-cepat balik makan :)

Tuesday, April 22, 2014

PART 3 : Pinjaman/Biasiswa MARA 2014 - Program Ijazah Dalam dan Luar Negara IPMA


Assalamualaikum.
Hai uolss..Apa khabar? Sihat tak? Ini aku nak bagitau pasal update MARA ini. Aku dapat pergi interview dia. Rasanya semua orang dapat kot pergi interview despite the ujian pychometrics tu lulus ke tak. I don't know. Ada tak yang ambil ujian pychometrics hari itu tapi dia tak dapat pergi interview? Anyone yang boleh confirm? Pasal aku pun tak tahu macam mana result ujian pychometrics aku itu. Entah lulus ke tidak. Aku pun tak pasti. Sebab masa aku buat itu aku pakai main hentam aje.


Aku pun okay lah..Sekali scroll down bawah lagi..


Aku punya terkejut beruk..Mai oiiiii..Dah kenapa dia suruh pakai pakaian sukan. Tak pernah pun aku dengar interview pakai pakaain sukan..


What??

Mai oiiii..terkejut cheq tau!

Bila aku buka facebook MARA pun sama..


Aduii..bukan kena pakai pakaian sukan je..henponggg pun tak boleh bawak ke? Lagilah aku..



Double kill! Aduii.. Ini mesti pasal ada ujian kecergasan something something ini.. Ini first time ada macam ini. Last year tak ada pun. Diorang cuma interview bertulis macam biasa.

Okaylah..aku nak exercise dulu..Nak kasi fit kan badan dulu..Wahahaha..Macam lawak je kan..



Uwaghhh
Sekian.


Sunday, April 20, 2014

Temuduga Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) 2014 - Zon Sabah

  

Assalamualaikum.
Kali ini aku nak kongsi pengalaman temuduga untuk kemasukan ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya atau nama friendly dia PASUM gitu. Okay, tak payah nak friendly friendly sangat, belum kena terima pun sebenarnya. Hari itu aku baru je pergi ke temuduga dia pun.

Ini merupakan temuduga aku yang pertama sekali sejak aku hidup di dunia yang fana ini. So, rasa berdebar-debar dan takut nya ya ampun, hanya Allah yang tahu. Kawan-kawan aku yang lain hampir semua pernah pergi temuduga yang lain contoh JPA, PETRONAS, IPG, UTP dan sebagainya. Mula-mula aku jealous lah juga, diorang dah kena panggil temuduga sana sini tapi aku hanya "melukut di tepi gantang" sahaja.

Eh, sekejap "melukut di tepi gantang" itu apa? terus aku pergi google.
  1. Seseorang yang diabaikan dan dianggap tidak penting kerana dia tidak mempunyai apa-apa kegunaan kepada masyarakat.
  2. Tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap persekitaran jika individu itu tidak ada.
  3. Sesuatu yang tidak dihargai.
Rasanya aku taklah sampai macam itu sekali seperti yang dinyatakan dekat atas itu kan? Kan?


Uwaaaaaa..
Sekali bila dah kena short-listed untuk temuduga. Aku pun mulalah nak gabra tak tentu pasal.

"Apa aku nak pakai nanti?" Ni soalan nombor satu keluar dalam fikiran perempuan kalau nak pergi mana-mana. Mengaku je lah..

"Apa aku nak prepare nanti?"
 
"Sijil-sijil apa yang diperlukan?"

"Soalan apa yang kena tanya nanti?"

Dan 1001 soalan yang dah pop-out dalam kepala otak ini hah. Pop-out macam windows lah pulak.. Terus aku google blog-blog dari senior-senior yang dah kena interview. Ada lah gambaran apa yang akan berlaku sikit-sikit.

***Malam sebelum temuduga***

Malam itu aku betul-betul nervous. Dalam fikiran aku apa lah yang akan berlaku esok. Aku rasa sesak betul masa itu. Macam mana aku nak jawab soalan nanti. Kalau aku gagap nanti macam mana. Nak cakap apa nanti kalau kena soal. Aku pun ada praktis interview sikit-sikit dengan adik aku dan hampir semua soalan aku tak dapat jawab. Aku rasa down dan tak ada keyakinan langsung. Sedihnyaaaa..

Lepas dah serabutkan kepala, malam sebelum aku nak melelapkan mata itu aku final check apa yang aku nak pakai esok, sijil-sijil yang perlu dibawa dan segala yang patut disiapkan.


 ***Hari Temuduga***

Macam biasa kalau hari-hari yang penting macam ini aku pun bangun terlebih awal sebab tak lena tidur pun. Aku pun gerak awal dari rumah. Kalau dekat Sabah ini, tempat temuduga itu di Hotel Grandborneo di 1B Hypermall. Aku kena sesi pagi pukul 8.30 pagi. Ada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang. Kalau sesi petang mula pukul 2.30 petang. Temuduga ini dijalankan dalam masa 3 hari.




 -Macam itu lah rupa tempat temuduga. Maaf tak ada gambar waktu siang.-

Sebenarnya aku gerak awal pergi tempat temuduga. Tapi sebab tersalah jalan aku sampai agak lewat sikit berbanding dengan orang lain. Bila aku sampai aku dah termengah-mengah dan ada satu pegawai yang jaga depan pintu pun bagi tahu aku yang terus pergi ke tingkat 17. Aku dengan terkocoh-kocoh pun pergi lah naik lift. Tak lah over drama sampai nak panjat tangga segala bagai. Aku tetap sabar menunggu nak naik lift. Hehe.


Dah sampai pergi tingkat 17, ada bilik mendaftar dekat situ. Aku tengok orang lain dah ramai dah dekat situ. Aku pun pergi mendaftar cepat-cepat sign nama. Dia pun tengok surat tawaran itu (tolong print surat tawaran dekat website itu) dan dokumen pengenalan untuk kepastian.

UM dah siap-siap bagi kumpulan dekat kita. Aku dapat group 9, group paling akhir sekali. Dia ikut nama abjad. Sebab nama aku mula huruf S aku dapat lah group yang paling akhir. Satu group itu 5 orang maksimum.

Lepas itu, aku pun berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan aku. Shukry dari Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Fazira dan Intan dari MRSM Kota Kinabalu, dan Fifi dari Sekolah Menengah Sanzac. Aku pun berbual dan berkenalan dengan diorang. Yes! Dapat kawan baru lagi. Diorang sebenarnya memang galakkan kita berkenalan sesama sendiri supaya ada keserasian antara ahli kumpulan.

Diorang siap pasang movie Frozen lagi dekat bilik menunggu itu supaya kitaorang tak bosan dan tak nervous sangat. Diorang nak wujudkan suasana santai gitu. Alahai padahal dah kali berapa aku dok ulang-ulang tengok filem itu kali ke berapa pun aku dah tak ingat. Let it go je lah..



Seingat aku group yang pertama, dalam 15 minit diorang dah siap dah. Perghh..punya sekejap. Aku jangka kalau sekejap macam ini dalam pukul 11 pagi dah boleh balik lah. Tapi makin lama, makin lama interview itu berjalan. Kitaorang yang akhir ini memang jenuh menunggu lah. Bila dah makin lama makin tak ada orang aii rasa nervous tu menjadi-jadi. Semua orang muka tension je...

Kitaorang nak tahu juga soalan dia macam mana kan. Tapi bila dah kena interview group itu, diorang dah tak dibenarkan masuk ke dalam bilik menunggu balik. So, tak boleh lah nak tanya-tanya apa soalan dekat diorang kan. Kiranya kitaorang ni kena kuarantin lah dalam bilik yang cantik dan sangat sejuk. Seriously sejuk. Dengan tangan sejuk sebab nervous lagi. Macam frozen dah aku rasa.


Bila dah boring tahap dewa kitaorang pun pergi tandas dan selfie. Ngee~

Aku pun sambil-sambil tunggu itu cari-cari lah jugak pasal isu semasa. Research pasal UM. Takut lah jugak kena tanya kan. Dah nak pukul 1.30 macam itu, tiba masanya giliran kami untuk dipanggil.


Bila masuk bilik interview dekat dalam ada kerusi disediakan. Kakak kat luar itu pesan supaya kami beri salam dan tak payah nak salam-salam lagi dah. Haha. Rasa cuak juga mula-mula masuk.Dalam itu ada 4 panel temuduga. Rasanya panel temuduga itu semua lecturer dekat UM. Siap ada dean lagi dalam itu. Mostly yang tanya itu dean. Dia mengajar kat UM dah lama nak dekat 30 tahun lebih dah. Beliau merupakan Professor dan mengajar subjek Kimia.

Soalan dia yang kami kena tanya ialah "Tell me about yourself" . Itu sahaja. Lepastu itu kami punya sesi interview dah siap macam story session dah. Panel itu cuma nak tahu pasal diri kita dan selang seli diorang beri nasihat untuk kami yang pemuda-pemudi ini. Sangat santai. Tak ada kena tanya isu-isu semasa atau berbincang untuk selesaikan situasi macam aku baca dekat interview tahun-tahun sudah. Ya, cuma itu sahaja. Part yang dia tanya kami ada soalan ke tidak itu sebenarnya peluang korang nak tanya lebih lanjut pasal UM dan tonjolkan dirimu sebaik mungkin. Lepas itu, habis. Kami pun mula-mula rasa takkan itu je kot dia nak tanya. Tapi difikir-fikirkan balik bagus jugaklah itu je kan. Mungkin diorang dah lapar kan. Dah nak pukul 2 dah masa itu. Bagus juga lah kitaorang ni group terakhir kan. Tahun ini macam tak tetap dan tak ada guidelines. Tak tahulah negeri yang lain macam mana kan. Tahun ini tema dia ikut suka hati panel temuduga. Hihihi.

Masa aku cerita dengan kawan-kawan aku yang lain, diorang pun terkejut itu je kitaorang kena tanya sebab diorang ada kena tanya pasal isu-isu semasa contonya macam MH370. Normal lah kan. Then, lepas sambung cerita kat luar sekejap dengan Professor Zainuddin sebelum kitaorang balik. Sedih tahu yang beliau akan bersara tahun ini. Kitaorang sempat lagi nak bergambar bersama beliau. Itu sahaja tamat.


 Tips :
  1. Sebenarnya tak payah nak prepare sangat pun sebab apa yang ditanya nanti soalan yang tak dijangka dan korang kena spontan. Yang penting, have a self-thought. Fikir dulu secara mendalam contonya kenapa kau pilih course itu. Sebab apa? Akhirnya, kau kena jujur dengan diri kau jugak.
  2. Kena tahu jugaklah pasal isu semasa sikit-sikit. Janganlah korang tak tahu langsung. (Nasib baik group kitaorang tak kena tanya.)
  3. Be confident. Ingat! Spontan dan Sporting tu penting.
  4. Masa dia minta kita cerita pasal diri kita, tolong cerita pasal diri anda yang menarik. Yang lain daripada orang lain. Yang unik gitu. Apa membezakan anda dengan orang lain. Contohnya anda pernah terjumpa dinasour ke? Hah..terus panel temuduga tu curious nak tahu lebih lanjut pasal diri anda. Diorang berminat nak tahu dengan lebih mendalam. Tak adalah membosankan.
  5. Sediakan soalan untuk panel temuduga masa dia beri kau peluang nak tanya. Be enthusiasim. Jangan takut-takut. Berbicara lah dengan panel temuduga macam korang kepoh kalau jumpa member-member korang.
  6. Tonjolkan diri, jangan takut-takut. Biar lah gagap, asalkan korang cuba yang terbaik! Jangan diam seribu bahasa. Kadang-kadang dia tanya soalan itu tu terbuka, siapa nak jawab silakan. Masa itu lah korang kena cepat-cepat angkat tangan dan lantang dalam melontarkan idea dan pendapat korang. Kalau asyik diam sahaja memang tak kena nampaklah kan. Takkan ayik-asyik ahli kumpulan korang je jawab. Korang tak nak ke?
  7. Yang paling penting, interview ini fully english. Jadi pandai-pandailah ya. Alaa masa aku praktis dekat rumah tak fluent pun. Aku dah risau dah masa itu. Tapi dekat interview aku pun terkejut aku boleh cakap English. Automatik. Tak sangka lah. Rasanya otak aku dah set automatik kot. Alaa sama lah sebelum exam masa buat karangan bm punya lama nak buat dan idea kering kontang. Sekali masa exam idea datang mencurah-curah. Korang mesti pernah rasa macam ini kan?
  8. Akhir sekali, jangan lupa berdoa banyak-banyak supaya korang boleh buat, tak nervous dan diberi ilham semasa interview itu. Lancar aje time interview.
Well, good luck korang. Sekian.

Friday, April 18, 2014

PART 2 : Ujian Psychometris MARA 2014 - Program Ijazah Dalam Dan Luar Negara IPMA

Assalamualaikum.
Entri sebelum ini (sila klik) aku dah janji dengan anda semua nak updates pasal contoh soalan ujian pychometrics yang aku sudah lalui dua hari lepas. Maaf sebab agak lambat sikit aku tulis entri ini. Banyak perkara yang telah berlaku yang menyedihkan hati ini.


Dah cukup lah dengan kesedihan aku itu. Aku dah boleh move on dah ini. So aku nak beri tahu anda apakah sebenarnya ujian MARA ini. Sebenarnya aku yang baik hati ini nak beri tahu dekat korang contoh-contoh soalan MARA. Apakah persiapan yang perlu kita buat dan sebagainya. Dalam keterujaan nak berkongsi ini, aku rasa tergerak hati nak buka Facebook Mara ini. Sekali aku ternampak post MARA ini.


Aiyak! Aku pun terngangalah. Gagagaga.

Nasib baik aku belum kongsi pasal soalan itu di mana-mana. Sebenarnya itu soalan hak cipta terpelihara so aku tak boleh nak siar dekat mana-mana laman sosial padahal aku ada je semua soalan dia itu. Diorang kata tak amanah lah kalau beri tahu..macam mana nak berjaya kalau macam ini...baru sahaja dapat biasiswa dah pecah amanah..bla..bla..bla.. Stop! Itu dah cukup menyeksakan jiwa ini tengok orang gaduh-gaduh ini. "Wat lek wat peace sudah".

Tapi memandangkan aku dah janji dengan korang semua nak cerita pasal ini. Aku cuma boleh bagi tips-tips sahaja berkaitan apa yang perlu anda persiapkan diri sebelum anda tempuhi ujian ini.

Okay untuk pengetahuan anda semua, soalan MARA ini terbahagi kepada :
  1. Bahagian IQ - 25 soalan objektif - jawab semua soalan.
  2. Bahagian Personaliti - 47 soalan objektif- jawab semua soalan.
  3. Bahagian Kenegaraan - 28 soalan objektif - jawab semua soalan.
  4. Bahagian Nilai Murni - 20 soalan objektif - jawab semua soalan.
Bahagian IQ itu dalam bahasa Inggeris full. Part yang susah ialah bahagian IQ dan kenegaraan. Yang lain just a piece of cake! Serious. Bahagian personaliti dan nilai-nilai murni itu common sense sahaja. Korang pilih yang korang rasa diri korang itu macam sangat suci dan baik sahaja. Tapi kejujuran itu juga penting tau.

Sesuci dan semurni bayi yang diibaratkan kain putih ibu bapa..okay..sudah-sudah
Kalau macam itu aku akan bagi tips bahagian IQ dan kenegaraan. Well, aku rasa part ini agak tough lah. Aku rasa soalan dia susah macam masa dulu aku ambil ujian masa nak masuk MRSM dulu. Mengikut kata kawan aku itu yang biasiswa JPA itu pun ada ujian psikometrik tapi tak adalah sesusah macam MARA ini. Sebab kalau yang JPA itu senang dan tak ada jawapan yang betul ataupun salah.

Untuk bahagian IQ ini,  aku nasihatkan supaya cari ujian-ujian IQ yang ada dekat internet. Berlambak kot. Kalau boleh praktis yang versi Bahasa Inggeris. Tapi aku beli ujian IQ dekat kedai buku. Aku nasihatkan buatlah test IQ ini sebab korang boleh praktis dan tengok pattern macam mana soalan dia. Macam mana nak jawab. Aku seorang yang bersemangat telah membeli ketiga-tiga buku tersebut.







Maaf kalau gambar blurrr. Aku malas nak ambil balik.
Soalan yang keluar lebih kurang sama dalam buku itu la.Cuma beza dia aku tak jangka soalan MARA bahasa Inggeris. Agak susah. Aku sendiri pun terkejar-kejar masa nak jawab. Takut kalau fikir lama tak sempat pula nanti nak jawab semua.

Kalau bahagian kenegraan pula aku nasihat supaya anda semua jangan buang buku sejarah form 5 dulu. It's all about history! Mula-mula aku sendiri pun blank apa soalan kenegaraan ini? Macam mana bentuk soalan dia kan. Jadi anda kena baca kembali buku teks sejarah lagi-lagi bab form 5 punya yang berkaitan sejarah pasal Malayisa.

Anda sebagai bumiputera yang ingin memohon MARA kena lah tahu pasal hak-hak bumiputera, bahasa kita sendiri, raja-raja kita dan sebagainya. Sangat-sangat penting! Kalau kita bumiputera sendiri tak tahu kedudukan kita yang sebenar susah lah kan.

Terakhir sekali, kalau anda berminat nak memohon pinjaman atau biasiswa syarikat yang anda minati itu buat lah sikit-sikit research. Kalau nak apply MARA itu, rajin-rajin lah mengenali MARA ini. Orang kata "tak kenal maka tak cinta". Rajin-rajin lah pergi website MARA ini. Ringan-ringankan lah jari jemari itu supaya klik pasal asal-usul mereka, misi dan visi mereka dan sebagainya. Jangan engko nak mohon MARA pastu engko sibuk-sibuk nak tahu pasal kucing beranak belakang rumah, tak pernah dibuat orang dik oiii.

Oh My Goat.

 Itu sedikit sebanyak tips yang aku boleh beri. Yang lain sulit tau. Tak boleh bagi tahu orang!

Shhhh!
Buat betul-betul dalam dua bahagian yang aku sebut tadi. Itu yang membezakan kita dengan orang lain. Aku sendiri pun tengah menunggu keputusan dapat atau tidak peluang untuk ke peringkat seterusnya. Interview. Nanti kalau ada apa-apa lagi aku akan updates okay.


 Sekian.