Thursday, April 10, 2014

Apa Kehidupan Anda Selepas SPM?


Assalamualaikum.
Hai korang. Kali ini cuma nak share pasal kehidupan lepas SPM. Well, masa zaman sekolah dulu bila budak sekolah ajukan soalan kepada senior-senior lepasan SPM tak nak percaya.

"Kak, mesti best kan life after SPM ni? Enjoy..."

Dan jawapannya ialah...

" Mana ada best. Lifeless korang tau. Kitaorang rindu lagi masa zaman sekolah."

Dan lepas senior-senior beri jawapan macam itu. Semua dok pakat nganga mulut. Betul ke ni? Macam tak percaya je. Best kot tak payah pergi sekolah. Tak payah nak bangun pagi. Tak perlu nak buat kerja rumah..bla..bla..bla..



Ye ke ni???

 Hahaha.. Tak baik buat macam itu. Dulu rasa betul ke apa senior-senior cakap ini. Nampak macam tipu aje kan. Tak baik tahu tak mempersoalkan kejujuran orang. Hehe. Masa itu pun aku susah nak percaya apa yang diorang cakap. Diorang gambarkan kehidupan diorang tu bosan tahap gaban. Wow! Sampai tahap gaban. Nampak tak permainan dia di situ?

***Setahun kemudian selepas aku mengalami sendiri...***


Woah!!!!!!

Dan saya dah jumpa jawapannya. Jawapannya betul lahhhhh apa yang diorang cakap itu. Oh my. Oh my. Oh my. Ini bukan bosan tahap gaban. Ini bosan tahap dewa. Haaa..tahap dewa. Nampak tak permainan dia di situ?

"My life is lifeless now. I'm like a zombie..."

Korang tak dapat bayangkan betapa bosannya hidup lepas SPM ini. Kena rasa dulu, baru percaya. Ini kalau tak pernah rasa, tak ada pengalaman hidup lepas SPM tak dapat nak gambarkanlah. Too bad...

Well, aku ini dah lah tak dapat PLKN. Tak kena kasik kerja. Tak pergi fast-track studies. Apa yang aku penuhkan aktiviti aku sepanjang lebih kurang 5 bulan bercuti ini? Korang rasa? Tak. Tentunya tak sama dengan apa yang korang bayangkan. Hahahahahahaha. Next post lah aku bagitau apa yang aku buat supaya adik-adik yang nak menghadapi situasi selepas SPM ini tahu apa yang korang boleh buat. Ceh! Macam dah besar sangat nak bagi nasihat kan?



Ehe...Aku tau aku dah besar..

Anyway... enjoy this first... Fenomena lepas SPM. Memang cliche habis. Hahaha. Terbaik lah abang vlogger kita sorang ini!




Tetapi...

Sekarang ini aku excited gilerrrrr sebab aku nak pergi sekolah lama aku balik! Yeahaaaaa! Tak. Tak. Bukan sekolah masa aku ambil SPM. Ini sekolah masa aku ambil PMR. Haaa... Once again, hang nampak tak permainan dia di situ?



Excited gilerrrrr...


 Esok, aku nak pergi tengok adik aku ambil hadiah dan aku nak jumpa cikgu-cikgu aku dulu dan ini yang paling penting sebenarnya... Aku nak ambil sijil PMR aku.. Hehehe. Malu lah kalau tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba pergi sekolah sendirian. Selain itu juga, aku nak tengok kawan lama aku ambil hadiah sebab dia dapat Straight A's SPM. *clap clap clap* Suka nya... Kita suka sangat.





Okay. Itu sahaja. Sekian.

2 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    hahaah. lawak la awak tulis.. berminat sya baca
    Hari2 mau baca ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.

    Terima kasih kerana terus membaca entri-entri yang ditulis.
    cehhhwahhhhh hahahahaha..

    Ok..thank you..baca hari2 ah..hehe

    ReplyDelete