Sunday, April 20, 2014

Temuduga Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) 2014 - Zon Sabah

  

Assalamualaikum.
Kali ini aku nak kongsi pengalaman temuduga untuk kemasukan ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya atau nama friendly dia PASUM gitu. Okay, tak payah nak friendly friendly sangat, belum kena terima pun sebenarnya. Hari itu aku baru je pergi ke temuduga dia pun.

Ini merupakan temuduga aku yang pertama sekali sejak aku hidup di dunia yang fana ini. So, rasa berdebar-debar dan takut nya ya ampun, hanya Allah yang tahu. Kawan-kawan aku yang lain hampir semua pernah pergi temuduga yang lain contoh JPA, PETRONAS, IPG, UTP dan sebagainya. Mula-mula aku jealous lah juga, diorang dah kena panggil temuduga sana sini tapi aku hanya "melukut di tepi gantang" sahaja.

Eh, sekejap "melukut di tepi gantang" itu apa? terus aku pergi google.
  1. Seseorang yang diabaikan dan dianggap tidak penting kerana dia tidak mempunyai apa-apa kegunaan kepada masyarakat.
  2. Tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap persekitaran jika individu itu tidak ada.
  3. Sesuatu yang tidak dihargai.
Rasanya aku taklah sampai macam itu sekali seperti yang dinyatakan dekat atas itu kan? Kan?


Uwaaaaaa..
Sekali bila dah kena short-listed untuk temuduga. Aku pun mulalah nak gabra tak tentu pasal.

"Apa aku nak pakai nanti?" Ni soalan nombor satu keluar dalam fikiran perempuan kalau nak pergi mana-mana. Mengaku je lah..

"Apa aku nak prepare nanti?"
 
"Sijil-sijil apa yang diperlukan?"

"Soalan apa yang kena tanya nanti?"

Dan 1001 soalan yang dah pop-out dalam kepala otak ini hah. Pop-out macam windows lah pulak.. Terus aku google blog-blog dari senior-senior yang dah kena interview. Ada lah gambaran apa yang akan berlaku sikit-sikit.

***Malam sebelum temuduga***

Malam itu aku betul-betul nervous. Dalam fikiran aku apa lah yang akan berlaku esok. Aku rasa sesak betul masa itu. Macam mana aku nak jawab soalan nanti. Kalau aku gagap nanti macam mana. Nak cakap apa nanti kalau kena soal. Aku pun ada praktis interview sikit-sikit dengan adik aku dan hampir semua soalan aku tak dapat jawab. Aku rasa down dan tak ada keyakinan langsung. Sedihnyaaaa..

Lepas dah serabutkan kepala, malam sebelum aku nak melelapkan mata itu aku final check apa yang aku nak pakai esok, sijil-sijil yang perlu dibawa dan segala yang patut disiapkan.


 ***Hari Temuduga***

Macam biasa kalau hari-hari yang penting macam ini aku pun bangun terlebih awal sebab tak lena tidur pun. Aku pun gerak awal dari rumah. Kalau dekat Sabah ini, tempat temuduga itu di Hotel Grandborneo di 1B Hypermall. Aku kena sesi pagi pukul 8.30 pagi. Ada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang. Kalau sesi petang mula pukul 2.30 petang. Temuduga ini dijalankan dalam masa 3 hari.




 -Macam itu lah rupa tempat temuduga. Maaf tak ada gambar waktu siang.-

Sebenarnya aku gerak awal pergi tempat temuduga. Tapi sebab tersalah jalan aku sampai agak lewat sikit berbanding dengan orang lain. Bila aku sampai aku dah termengah-mengah dan ada satu pegawai yang jaga depan pintu pun bagi tahu aku yang terus pergi ke tingkat 17. Aku dengan terkocoh-kocoh pun pergi lah naik lift. Tak lah over drama sampai nak panjat tangga segala bagai. Aku tetap sabar menunggu nak naik lift. Hehe.


Dah sampai pergi tingkat 17, ada bilik mendaftar dekat situ. Aku tengok orang lain dah ramai dah dekat situ. Aku pun pergi mendaftar cepat-cepat sign nama. Dia pun tengok surat tawaran itu (tolong print surat tawaran dekat website itu) dan dokumen pengenalan untuk kepastian.

UM dah siap-siap bagi kumpulan dekat kita. Aku dapat group 9, group paling akhir sekali. Dia ikut nama abjad. Sebab nama aku mula huruf S aku dapat lah group yang paling akhir. Satu group itu 5 orang maksimum.

Lepas itu, aku pun berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan aku. Shukry dari Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Fazira dan Intan dari MRSM Kota Kinabalu, dan Fifi dari Sekolah Menengah Sanzac. Aku pun berbual dan berkenalan dengan diorang. Yes! Dapat kawan baru lagi. Diorang sebenarnya memang galakkan kita berkenalan sesama sendiri supaya ada keserasian antara ahli kumpulan.

Diorang siap pasang movie Frozen lagi dekat bilik menunggu itu supaya kitaorang tak bosan dan tak nervous sangat. Diorang nak wujudkan suasana santai gitu. Alahai padahal dah kali berapa aku dok ulang-ulang tengok filem itu kali ke berapa pun aku dah tak ingat. Let it go je lah..



Seingat aku group yang pertama, dalam 15 minit diorang dah siap dah. Perghh..punya sekejap. Aku jangka kalau sekejap macam ini dalam pukul 11 pagi dah boleh balik lah. Tapi makin lama, makin lama interview itu berjalan. Kitaorang yang akhir ini memang jenuh menunggu lah. Bila dah makin lama makin tak ada orang aii rasa nervous tu menjadi-jadi. Semua orang muka tension je...

Kitaorang nak tahu juga soalan dia macam mana kan. Tapi bila dah kena interview group itu, diorang dah tak dibenarkan masuk ke dalam bilik menunggu balik. So, tak boleh lah nak tanya-tanya apa soalan dekat diorang kan. Kiranya kitaorang ni kena kuarantin lah dalam bilik yang cantik dan sangat sejuk. Seriously sejuk. Dengan tangan sejuk sebab nervous lagi. Macam frozen dah aku rasa.


Bila dah boring tahap dewa kitaorang pun pergi tandas dan selfie. Ngee~

Aku pun sambil-sambil tunggu itu cari-cari lah jugak pasal isu semasa. Research pasal UM. Takut lah jugak kena tanya kan. Dah nak pukul 1.30 macam itu, tiba masanya giliran kami untuk dipanggil.


Bila masuk bilik interview dekat dalam ada kerusi disediakan. Kakak kat luar itu pesan supaya kami beri salam dan tak payah nak salam-salam lagi dah. Haha. Rasa cuak juga mula-mula masuk.Dalam itu ada 4 panel temuduga. Rasanya panel temuduga itu semua lecturer dekat UM. Siap ada dean lagi dalam itu. Mostly yang tanya itu dean. Dia mengajar kat UM dah lama nak dekat 30 tahun lebih dah. Beliau merupakan Professor dan mengajar subjek Kimia.

Soalan dia yang kami kena tanya ialah "Tell me about yourself" . Itu sahaja. Lepastu itu kami punya sesi interview dah siap macam story session dah. Panel itu cuma nak tahu pasal diri kita dan selang seli diorang beri nasihat untuk kami yang pemuda-pemudi ini. Sangat santai. Tak ada kena tanya isu-isu semasa atau berbincang untuk selesaikan situasi macam aku baca dekat interview tahun-tahun sudah. Ya, cuma itu sahaja. Part yang dia tanya kami ada soalan ke tidak itu sebenarnya peluang korang nak tanya lebih lanjut pasal UM dan tonjolkan dirimu sebaik mungkin. Lepas itu, habis. Kami pun mula-mula rasa takkan itu je kot dia nak tanya. Tapi difikir-fikirkan balik bagus jugaklah itu je kan. Mungkin diorang dah lapar kan. Dah nak pukul 2 dah masa itu. Bagus juga lah kitaorang ni group terakhir kan. Tahun ini macam tak tetap dan tak ada guidelines. Tak tahulah negeri yang lain macam mana kan. Tahun ini tema dia ikut suka hati panel temuduga. Hihihi.

Masa aku cerita dengan kawan-kawan aku yang lain, diorang pun terkejut itu je kitaorang kena tanya sebab diorang ada kena tanya pasal isu-isu semasa contonya macam MH370. Normal lah kan. Then, lepas sambung cerita kat luar sekejap dengan Professor Zainuddin sebelum kitaorang balik. Sedih tahu yang beliau akan bersara tahun ini. Kitaorang sempat lagi nak bergambar bersama beliau. Itu sahaja tamat.


 Tips :
  1. Sebenarnya tak payah nak prepare sangat pun sebab apa yang ditanya nanti soalan yang tak dijangka dan korang kena spontan. Yang penting, have a self-thought. Fikir dulu secara mendalam contonya kenapa kau pilih course itu. Sebab apa? Akhirnya, kau kena jujur dengan diri kau jugak.
  2. Kena tahu jugaklah pasal isu semasa sikit-sikit. Janganlah korang tak tahu langsung. (Nasib baik group kitaorang tak kena tanya.)
  3. Be confident. Ingat! Spontan dan Sporting tu penting.
  4. Masa dia minta kita cerita pasal diri kita, tolong cerita pasal diri anda yang menarik. Yang lain daripada orang lain. Yang unik gitu. Apa membezakan anda dengan orang lain. Contohnya anda pernah terjumpa dinasour ke? Hah..terus panel temuduga tu curious nak tahu lebih lanjut pasal diri anda. Diorang berminat nak tahu dengan lebih mendalam. Tak adalah membosankan.
  5. Sediakan soalan untuk panel temuduga masa dia beri kau peluang nak tanya. Be enthusiasim. Jangan takut-takut. Berbicara lah dengan panel temuduga macam korang kepoh kalau jumpa member-member korang.
  6. Tonjolkan diri, jangan takut-takut. Biar lah gagap, asalkan korang cuba yang terbaik! Jangan diam seribu bahasa. Kadang-kadang dia tanya soalan itu tu terbuka, siapa nak jawab silakan. Masa itu lah korang kena cepat-cepat angkat tangan dan lantang dalam melontarkan idea dan pendapat korang. Kalau asyik diam sahaja memang tak kena nampaklah kan. Takkan ayik-asyik ahli kumpulan korang je jawab. Korang tak nak ke?
  7. Yang paling penting, interview ini fully english. Jadi pandai-pandailah ya. Alaa masa aku praktis dekat rumah tak fluent pun. Aku dah risau dah masa itu. Tapi dekat interview aku pun terkejut aku boleh cakap English. Automatik. Tak sangka lah. Rasanya otak aku dah set automatik kot. Alaa sama lah sebelum exam masa buat karangan bm punya lama nak buat dan idea kering kontang. Sekali masa exam idea datang mencurah-curah. Korang mesti pernah rasa macam ini kan?
  8. Akhir sekali, jangan lupa berdoa banyak-banyak supaya korang boleh buat, tak nervous dan diberi ilham semasa interview itu. Lancar aje time interview.
Well, good luck korang. Sekian.

4 comments:

  1. woott !!
    >.<
    mksud kau group kau yg x ditanya pasal isu semasa while other group ditanya psl isu semasa ?

    ReplyDelete
  2. ya..mungkin sebab kami group terakhir..tak cukup masa dia nak tanya :)

    ReplyDelete
  3. salam... hmm hi... :)
    bleh x nk id wechat... nk tnye byk soklan ni... hhehe... berkaitn ngn temuduga ni...

    ReplyDelete
  4. salam..hi.. :)
    wechat id tak boleh lah..hehe....just email awak punya soalan dekat saya sitinuratiqahhairol96@gmail.com..insyaallah saya akan balas cepat-cepat..sorry a lot :)

    ReplyDelete