Wednesday, April 23, 2014

OOTD.


Assalamualaikum.
Aku nak kongsikan satu perkataan baru ini. OOTD. Okay, apakah itu OOTD? Apakah mende nye OOTD ini anda-anda sekalian. Pertama sekali dalam fikiran aku OOTD ini ialah bebola sotong kurita. Hahahaha.
Macam sedap je..ngeh ngeh ngeh
Err..tak nampak macam takoyaki eh? Hahaha. Sebab OOtd tu banyak sangat O dia. Macam bentuk bebola sotong pun ada, Hmmmphh.. Dah rasa lapar dah ini. Aku teringin nak makan Japanese Boat Takoyaki. Dah meleleh dah air liur ini. Ada sesiapa nak belanja tak? Nanti ring my doorbell kalau nak hantar dekat depan rumah yerr..*well, rumah aku memang ada doorbell. Tapi elektronik main tekan punya..kesian korang tak tahu..ehehehe*

Berbalik kepada cerita OOTD itu. Bila aku visit instagram orang, asyik dia nak keluar rumah dia hastag OOTD #ootd, bila dia #ootd mesti dia nak keluar rumah. Aku pun heran lah. Aku dok pikiaq apakah OOTD itu. Bajet lah tak nak search mungkin aku tau kan. Dalam pikiran kepala hotak aku ini OOTD = Out of Today Date. Atau OOTD = Out of The Date. Eh eh, macam dah tarikh luput produk pulak. Suka hati engko je kan. *wink wink*

Ahaaa~
Satu malam ini aku tak boleh nak tidur lena fikirkan pasal OOTD ini. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. OOTD. Dia asyik menerawang dalam mimpi aku. Dia kejar aku macam zombie wehhhh. Seram tau. Esok bangun-bangun pagi sahaja aku dapat ini...

Awak..comel tak kita?

Eyebag penuh satu mata. Hahaha. Lepas itu aku rasa macam panda dah. Kalau comel tak apalah. Ini susah nak cakap... errr... Okay, jadi aku rendahkan ego aku dan buka lah Mr. Google ini. Aku tanya lah dia "Google Google...OOTD itu apaan sih?" Terus Mr. Google balas sekejap sahaja. Tak tipu. Dalam masa 0.56 saat terus dia balas. Ada 77,200,000 results dia bagi. Terima kasih. Tak sangka secepat ini dia respon. Haaaaa.. Terharunya.

Thank you so much!!!
Alahai..rupa-rupanya maksud sebenar OOTD itu ialah...

"OOTD means 'Outfit of the Day.' This phrase or acronym is used to show the outfits on Instagram to indicate the best outfit that was uploaded that day. The phrase also serves the same purpose on YouTube."
Lerrr..cakaplah awal-awal. Outfit of The Day rupa-rupanya. Siapa lah dok invent mende-mende macam ini. Okay, I get it now.

Sempoi bang...

Perempuan dan cantik memang tak boleh nak dipisahkan. Semua orang suka cantik. Benda-benda cantik misalnya. Perempuan lagilah suka baju-baju cantik. Kasut dan beg tangan jangan mention lah. Aku suka stalk instagram(ig) orang lagi-lagi kalau dia femes. Contoh macam Fatin Liyana, Dena Bahrin, Maria Elena dan ramai lagi. Diorang semua cantik-cantik, comel-comel dan baju diorang semua lawa-lawa. Ohhh..jealous much.. Aku rasa diorang ini hari-hari OOTD :)

Fatin Liyana
Dena Bahrin
Maria Elena
Tengok itu. Saya dah cakap. Diorang semua pakat letak bunga atas kepala. Aku pun nak jugak. Uwaaa. Dan satu lagi blogger international Indah Nada Puspita atau Nada for short. Memang lawa Nada ini. Tak boleh dinafikan lagi. Nak tau pasal Nada lebih lanjut lagi pergi blog Nada. Hehe. Nada ini dia ialah orang Indonesia tapi tinggal di Jerman. She can speak three languages. Indonesian, English and Jerman. Awesome! *thumbs up*




 
Ini aku. Err..memang jauh panggang dari api.

Itulah orang cakap, "ukur baju di badan sendiri." Itulah pasal. Mungkin aku kena belajar menjahit kot. Buat baju sendiri. Aku boleh ukur baju aku sendiri. Jimat sikit kan. Atau satu lagi option mungkin aku kena start beli barang-barang bundle. Pergi lawat kawan aku yang comel punya post 'How To Look Vintage w/o Spend A Lot of Money?'

Conclusion
Kalau kita nak berfesyen itu berpada-padalah. Kena ikut kemampuan sendiri. Fesyen-fesyen juga tapi aurat itu jangan lupa dijaga yerrr. Kadang-kadang kita terlupa tujuan sebenarnya kita ini berbaju, menutup aurat. Nak tunjuk-tunjuk dekat manusia ke apa. Okaylah, tak nak membebel lagi dah penat menaip dah ini. Jangan lupa hashtag #ootd #ootd #ootd. Hingga ke temu lagi. Sekian.


p/s : Penulis sedang menaip sekali mati elektrik daaa. Nasib baik lah penulis guna broadband dan bateri laptop masih penuh. Menaiplah si penulis ini dalam kepanasan.

4 comments:

  1. hahaha. nice storyline... skang ni dah macam-macam jenis hashtag kat instagram.. #potd lahh.. ngee.. #photoOftheday gitu.. kelakar lah.. OOTD OOTD OOTD OOTD.. sampai lebam mata cam panda..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..banyak lagi akronim yg saya tak tau ini. Terima kasih la awak bagi kosa kata terbaru..#potd yer? hehehe..nnti sya aplikasikan..anyway..thanks for reading my entry..ehehehe <3

      Delete
  2. Oioi! kawan yg comel dtg melawat! hahahahhaa. ada lg HOTD : Hijab Of The Day hahahha :D entry best! keep up the good work ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi awok yg cekmek molek ni datanglah melawat lagi.. ok..wow!..HOTD pulak..kalau macam tu..kna ambik gmbar sparuh je lah..gmbar kepala je..ahahahaha :D

      Delete