Assalamualaikum.
Mula-mula kalau korang baca tajuk kat atas itu mesti rasa tak kena kan? Hahaha. Lepas itu korang fikir aku ini betul ke tidak. Dah senget kot. Hehehe. Tetapi memang aku rasa matriks ini sangat-sangat comel. Nak tahu kenapa?
Hari itu budak-budak lepasan SPM telah digemparkan dengan hebahan bahawa keputusan matriks sudah boleh mula disemak. Semua dok pakat share sana, share sini bagitau kat kawan-kawan matriks dah keluar. Yang paling heboh sekali dekat group lah. Meletopsss gitu...Kebaboom..Kebaboom..Kebaboom ... Nak lagi sekali? Kebaboom..Kebaboom..Kebaboom.. Nak lagi sekali? Amboi.. Cukuplah itu, korang ingat nak Tahun Baru Cina ke apa. *pura-pura marah*
Nah. Amek kauuu!! Rasakan! |
Lepas itu aku pun terhegeh-hegeh lah nak jugak pergi laman web. Ya lah, semua orang macam semangat je semua. Alaa. of course darah muda kan. Yeah! Feel the spirit! Go go go! Sekali bila aku bukak laman web KPM nak semak. Aku terima 'paparan cinta' daripada KPM. Tak percaya? Tengok ini,
Comelnyaaaaaaa... |
Hahaha. Aku pun tak tau kenapa aku rasa comel sangat. Siap ada pintu merah lagi. Caya lah. Dah maju gitu. Aku yang mula-mula rasa nak meletopp juga sebab lambat sangat nak bukak website ini, sejuk hati sikit. Biasalah kalau website kerajaan ini jem. Berjuta-juta kot orang nak masuk website itu dalam satu-satu masa. Mestilah server dia crashhhh kan. Ehehehe. Aku bajet nak guna bahasa komputer konon.
Aku rasa tak sabar-sabar nak tahu keputusan pun membuat keputusan ini. Aku rasa keputusan.. Cop..Cop.. Terlalu banyak perkataan 'keputusan' di situ. Salah tatabahasa ini. Kalau subjek BM ini boleh kena tolak markah tau. Aku pun apa lagi..penasaran gitu aku check guna SMS.
Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Aku dapat matriks dekat Selangor. Kalau boleh aku tak nak matriks. Nak tunngu UPU. Tapi matriks ini sebagai back-up plan. Kalau tak dapat UPU dan MARA itu, aku akan pilih matriks.
Tapi..dia dah telan duit aku RM0.20 kot. 20 sen kot.. Sob..Sob.. Sedihnya.. Hmm.. Kalau sms cepat pulak yer? Haaa. Korang nampak tak permainan dia kat situ? Wahahaha. Apa pendapat anda pula? Okay. Sekian.
Tahniah dapat matriks hihihi :)
ReplyDeleteThank You..Daya pulak dpt kat mne?
Delete