Thursday, April 10, 2014

Radio Apa Anda Dengar?



Assalamualaikum.
Bila terbaca entri ini mesti dah ada dalam fikiran anda stesen radio mana yang anda selalu dengar, kan? Hot.fm, Era.fm Hitz.fm itu antara stesen radio yang mainstream untuk golongan muda di Malaysia. Dulu aku dengar juga radio itu semua. Sebab tak nak ketinggalan dengan rakan sebaya. Nanti nampak kolot pula kalau dengar stesen radio lain. Biasalah pandangan orang kan?

Mula-mula tu seronok memang seronok. Dapat tahu lagu-lagu yang terbaru dan terhangat di Malaysia ini. Cerita-cerita lawak yang disajikan memang cukup menghiburkan hati. Tapi setakat itu sahaja. Ada apa lagi? Tak ada. Sebenarnya pengisiannya kosong. KOSONG. Tak ada apa-apa pun input.

Lepastu bukan itu sahaja tapi DJ radio dia pun ambil yang popular dan daripada golongan artis untuk menarik pendengar mendengar daripada golongan muda. Tapi masalahnya di sini DJ radio itu tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan dalam tentang satu-satu isu tersebut. Kadang-kadang itu penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pun dicampuradukkan. Itulah sebabnya golongan muda sekarang ini tak banyak ilmu pengetahuan yang kami tahu.



Lepastu bila jiwa dah rasa kosong, mulalah rasa bosan. Tak tahu apa nak dengar lagi selain dengar celoteh DJ radio dan lagu-lagu yang melalaikan.

Apabila ada orang cadangkan dengar lah IKIM.FM. Terus tak nak. Rasa tak suka. Takut nanti nampak kolot. Tak advance dengan remaja lain. Well, aku pun macam itu dulu. Rasa reluctance sahaja. Terus sekat minda ni. NO!



Aku pun lama-lama tergerak hati nak dengar. Aku pun cuba-cuba dengar lah rancangan IKIM.FM.

"Apa yang seronok dengan program dekat IKIM.FM ni?"

"Banyak sangat ke input diorang ni?"

Dan aku jumpa jawapannya... YES! Sebenarnya radio ini memang seronok dan banyak input yang kita dapat. Lagi-lagi masa tazkirah yang diorang bagi. Contohnya sekarang aku dengar IKIM.FM pasal tajuk Tayyamum. Banyak sebenarnya aku tak tahu Astaghfirullah... Dulu masa sekolah rendah agama sahaja aku selalu dengar cerita-cerita ustaz dekat sekolah. Tetapi bila meningkat dewasa ini semakin kurang aku dengar tazkirah-tazkirah yang bermanfaat ini.

Selain itu, tadi aku dengar radio ini baru aku tahu yang kita boleh pegang anjing. Tak haram. See. Tapi ada syarat-syarat yang kita harus ikut dulu. Isu yang mengelirukan ini tentu ramai orang yang tak tahu. Kalau kita tak cari ilmu itu siapa lagi yang nak suapkan. Kita bukannya di sekolah lagi. Semua nak main suap.



Banyak lagi program menarik tau. Ada juga Program Inspirasi Usahawan. Ini sesuai dengan golongan muda yang baru nak mula business kecil-kecilan macam online shopping. Sekarang pilihan di tangan anda. Kalau kita nak advance daripada remaja-remaja yang lain tentang pengetahuan dan isu-isu terkini, aku syorkan dengarlah radio ini supaya nanti peluang masa depan kita lebih cerah. Kita harus melengkapkan diri kita dengan ilmu secukupnya sebelum menempuh alam pekerjaan supaya boleh bersaing dengan orang lain. Orang cakap, "Penuhkan ilmu di dada."




Okay itu sahaja. Sekian.

No comments:

Post a Comment