Wednesday, April 9, 2014

Anda Merokok Ke?


Assalamualaikum.
Isu ini sebenarnya selalu bermain dalam kotak fikiran. Berlegar-legar dan selalu menjengah dalam kepala otak ini hah. I just keep wondering...

"Kenapa orang merokok?"
"Kenapa nak 'bakar' duit?"
"Rokok tu halal ke?"
"Cool ke merokok?"

Aku selalu berfikir dalam-dalam pun tak dapat nak merungkaikan persoalan ini. Ah! Serabut tau tak? Aku betul-betul tak faham kenapa orang nak merokok. Dah lah tak baik untuk kesihatan. Alaa..diorang pun tau sebenarnya yang merokok ni tak elok untuk kesihatan. Tapi masih juga pekakkan telinga dan butakan mata. I'm sorry if I was too harshed. But this is reality. Kena terima jugaklah.


Ambik sebijik!



Sebenarnya ayah aku juga merupakan salah seorang perokok tegar. And he easily gets sick :( Ayah aku merokok dah lama dah. Masa zaman muda-muda lagi. Mungkin masa muda-muda dulu mungkinlah tak nampak kesan dia. But now, I'm sure my father pun regret. I was so sad kalau ayah jatuh sakit. Ayah selalu pesan kat anak-anak terutamanya dengan abang.

"Jangan jadi macam ayah ni. Selalu sakit-sakit. Duit pun habis. Kalau ayah tau macam ni lah. Ayah tak nak ambil dulu."

Dan kitaorang adik-beradik dengar sahajalah. Rasa kesian sangat dengan ayah kalau dengar ayah sakit. Nak ayah berhenti merokok tapi susah sebenarnya nak berhenti. Tak boleh ambil langkah drastik. Sedikit demi sedikit. Ayah pernah juga cuba dulu tapi tak berjaya. Tak apalah..at least you have tried. Ayah harap aku jadi doktor supaya boleh jaga ayah nanti but I declined. Huhh..next post lah aku bagitau kenapa aku tak nak jadi doktor but instead I want to become a dentist.




Abang memang tak suka dengan rokok. Lagi-lagi asap dia. Itulah pasal abang bagitau yang dia langsung tak nak merokok. In return, abang kuat makan tapi pandai mantain tau. Hahaha.

Dulu masa dekat asrama, ada juga lah dengar batchmate lelaki merokok. Aku memang tak faham dan tak nak faham serious.


And one thing sahaja aku nak bagitau. I don't like smoking guys. Orang cakap jangan tengok daripada luaran dan jangan cepat sangat judge orang. Tak payah nak tengok dalaman sangat lah, dah tau dah banyak penyakit.

Dan aku berjanji tak akan kahwin dengan lelaki merokok. Insyaallah. Mungkin kalau dah berhenti...aku akan pertimbangkan? Hehe. Tapi memang tak sanggup dengan orang yang suka merokok ni. Tak sihat. Nanti anak-anak pun terkena sama. Well, aku dah fikir masa depan lah pula, Jauh lagi itu. Hahaha.

Ni part yang paling aku suka. Kalau jalan-jalan dan lalu depan orang merokok. Buat-buat batuk dan kipas-kipas asap itu konon tak nak hisap. Hahahaha, Mesti diorang rasa bersalah kan? Hihihi.



Sebenarnya rokok ni pun dah kena haram kan? Tapi buat tak endah sahaja kan? Nasihat aku, yang belum terjebak ni janganlah terjebakkan diri anda. Anda pasti menyesal suatu hari nanti. Percayalah.

Fakta :Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995telah mengharamkan rokok. - Fatwa Kebangsaan

Sekian.

p/s : Maaflah entri ni mungkin menyakiti hati sesiapa. Cuma nak korang sedar sahaja. But anyway. still..








No comments:

Post a Comment