Wednesday, April 9, 2014

Laptop kena service?

Gahhh! I'm so sad :(

Assalamualaikum.
Nampak tak tengah sedih ni? Nak dijadikan cerita hari itu masa tengah syok-syok tengok drama Korea, tiba-tiba keluar satu pop-up windows nak kena update pergi WINDOWS 8.1. Jadi, apa yang ditunggu lagi? Terus sajalah tekan tanpa berfikir apa-apa.

Windows buat kerjalah dia macam biasa. Lepastu dia suruh restart lah pulak. Okay. Tak nak banyak songeh kan. Sekali bila dah restart laptop tak boleh bukak. Dia reloading.

"Eh, kenapa dengan laptop ni?"
"Jangan buat hal macam dulu sudahlah."

Okay, masih bersangka baik. Boleh ni. Cuba lagi sekali. Saya tutup dan buka semula. Amek kau!!! Dah satu hari biarkan dia macam tu tak jadi apa-apa pun.
And doooommmmmmmm!!! The sky is falling!!

Why this is happening to me?

*A few days later*

Masa tengah tengok TV boring-boring, tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor tidak dikenali 088-******. Dalam hati...

"Siapa yang call ni pula?". Okay angkat sahaja.
"Miss, laptop dah siap. Sila tuntut laptop anda. Terima kasih."
And just said "Okay." 

Pergilah ni High Point dengan mak. Tempat service tu dekat sahaja tapi susah nak cari parking sikit jadi mak hanya tunggu dalam kereta. Saya pun pergilah masuk sorang-sorang.

*Setibanya...*

Masuk-masuk sahaja tempat itu, semua counter dah penuh. Duduk dululah kalau macam itu. Ramai jugalah orang masa itu. Semua datang nak service laptop. Ni kes macam aku jugaklah agaknya ini. Aduhh..parah..parah..semuanya bermasalah. Bukan laptop sahaja, PC dan printer gedabak pun ada juga? O.0

Dalam masa tengah tunggu itu, ada satu uncle Chinese ini dia datang nak buat service laptop dia. Dia pun mengadulah masalah dia dekat orang tu. Lepastu dia tanya,

"Laptop saya ni bila boleh siap?"
"Erm, biasanya paling kurang makan masa dua tiga hari juga"
"Aiyo. Dua tiga hari ka? Lama juga oh"
"Ya, kami kena process mau tau apa masalah dia. Kalau ada hardware yang rosak kena order dari KL lagi"
"Macam itu kah? Saya kalau tiada ini laptop boleh mati oh. Saya bikin bisnes online perlukan laptop. Kalau tiga hari pun terlalu lama. Tapi okay lah."

Orang tu cuma angguk. Dalam hati, uncle saya faham perasaan uncle macam mana!!  





Kalau uncle tu yang sibuk buat bisnes online 24 hours perlukan laptop, aku lagilah! Lepasan SPM yang tak ada buat apa-apa dan tak kena bagi kerja lagilah. Bosan tahaps dewa agaknya. Terperap sahaja kat rumah ni. Dah makin putih dah kulit aku ini 5 bulan tak keluar rumah. Wahahahaha. *perasan sekejap.*

Dan sekarang adalah tiba masanya giliran aku! Weehaa! Lepastu orang tu tanya,

"Ya, boleh saya bantu?"
"Saya datang nak ambil laptop" muka confident masa ini.
"Ada bawa surat?"
"Eh, surat?", kejap-kejap surat apa ini. Alamak! Terlupa bawa lah pulak. Lepastu geleng dan tunjuk gigi 24 batang sambil tersengih lebih daripada kerang busuk.
"Tak apa, isikan nama, no i.c dan reference ID."

Aku apa lagi isi tanpa banyak soal. Lepastu orang tu bagitau laptop ni bila habis warranty..bla..bla... Lepastu dah nak siap tu.

"Cik, laptop ni kena format tak?"
"Ya, dah kena format." sambil tersenyum.



What?? Apa dia??


Omo! Dah kena format? Habislah semua dalam laptop tu. Drama-drama Korea yang susah-susah aku download pun tak ada. Tapi tak apa lah asalkan laptop tu tak rosak sudahlah. Padahal baru beli laptop ni. Warranty 3 tahun. Ini dah kali kedua dia buat hal yang sama. Update software je kot lepastu haremm dah tak boleh bukak. 

Nasib baik dah belajar daripada kesilapan lalu. Semua data-data penting dah simpan dalam harddisk lain. Nasib lah kau laptop. Dan sekarang my laptop is brand new! Rasa macam baru beli laptop. Kosong. Tak ada apa-apa. I still love you, ACER!!!

Pengajaran dia fikir dulu sebelum nak update apa-apa. Kadang-kadang windows yang baru ni belum stable lagi. Sepatutnya tunggu dah lama sikit baru lah kita update. Lagi satu jangan simpan dalam laptop data-data penting kalau rosak kena service habis dia format satu komputer. Itulah pasal aku sayang sangat-sangat kat harddisk terchenta. Orang tak boleh nak pinjam sembarangan, takut kena virus ke apa kan susah.

Okay itu sahajalah untuk kali ni. Laptop anda pun pernah kena macam ini tak?

Sekian.
 

No comments:

Post a Comment