Saturday, December 3, 2016

What i'm up to today

Assalamualaikum. 

Hello guys, apa khabar? Harap semua sihat, Insha Allah. Seperti tajuk kat atas tu, well aku nak bagitau lah perkembangan aku sekarang ni. But before that, aku cuma nak ulas yang ada orang comment kat blog yang bait-bait yang ayat aku tulis itu macam skema tapi lawak. Okay part lawak tu terima kasih, *kembang kuncup*, tapi yang part skema tu sebenarnya aku nak jaga bahasa Melayu kita ini, aku nak lah jaga tatabahasa, bak kata orang tak nak lah mencemarkan kedaulatan bahasa ececceh. But anyway chill okay guys 😀

Okay berbalik kepada hasrat utama nak habaq lah what i'm up to today. Okay aku sekarang ini ialah seorang penuntut salah sebuah universiti di utara *ececeh masih nak berahsia kan*. Okay mesti korang ada baca popular posts aku which are about the interviews. Yes, I admit yang semua interview aku pergi tu satu pun aku tak dapat. At the end, its all about rezeki and Allah knows what best for me, so I'm happy right now with my choices.

Sebenarnyakan aku pun tak sangka aku akan ambik course Electrical Engineering Technology, major in Industrial Power lagi tu aiyakkk. If you know me personally, aku ini orang yang jenis agak lembut, sangat suka akan perkara kecantikan, bersastera lah jugak kiranya. Itu dalam bahasa sopan, atau erti kata lain aku ini jenis yang agak lembik, suka fashion, make up semua dan banyak cakap ye lah semua aku lah. 😒

Even my family pun tak sangka aku dapat course ini dan mereka sangat risau kalau aku dapat 'angkat' course tu. And you know what guys, masa kat sekolah sebenarnya paling aku tak suka Physics lagi-lagi yang form 5 punya electric, electromagnetic semua itu. Masa SPM dulu, subjek Pyhsics itu aku fokus dekat form 4 punya yang more to mechanical.

Then masa aku ambik asasi Sains kat Uitm Puncak Alam, subjek biology dan chemistry aku dapat teruk jugak even itu yang subjek aku suka *sigh*. And you guess what, subjek Pyhsics yang aku tak suka gila tetapi aku boleh score pulak *facepalm*. Then di situ lah bermula kenapa UPU aku dapat engineering. 

Hidup ini penuh dengan kejutan kan?

Benda yang kita paling suka tetapi kita tak pernah dapat. Tetapi benda yang paling kita tidak suka itu lah sebenarnya yang terbaik untuk kita. 😃 Itu adalah namanya ujian untuk setiap hamba-Nya nak tengok sama ada kita ini bersyukur dan bersabar tidak dengan rezeki yang dikurniakan.

Nampak tak macam muka redha dan bahagia dah hahahaha.
And I believe yang setiap benda yang jadi itu mesti ada hikmah disebaliknya.

Anyhow, aku dah selamat belajar kat sini dah pun, and currently I'm in third semester. And I'm freaking out that final exam is just around the corner. Well, aku berhempas pulas sem ini *tak lah hempas sangat pun* but I just want to try to get dean list this semester even just once. Amin 😃 Pray for me okay guys. Hingga bertemu lagi. Toodles.

No comments:

Post a Comment